Selasa, 22 Disember 2020

UMNO SOKONG ANWAR BENCI MUHYIDIN

 


UMNO SOKONG

ANWAR KERANA

BENCI MUHYIDIN

AMIN

UMNO TIDAK  

SOKONG PAKATAN

AMIN 



‘Umno sokong Anwar kerana sangat bencikan Muhyiddin’

Sokongan Umno kepada Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim bertujuan untuk mencapai jumlah majoriti di Parlimen, kata  Dr Mujahid Yusof Rawa.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, Umno menyokong Anwar bukan kerana menerima Pakatan Harapan (PH) sebaliknya didorong bencikan Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin.

“Umno bersama menyokong Anwar, kononnya. Saya tidak tahu lebih dari itu, tapi saya yakin usaha Anwar (membentuk kerajaan) sudah mencapai tahap perkembangan yang besar.

“Umno menyokong Anwar bukan kerana sokong PH. Mereka sokong Anwar untuk memastikan ada majoriti di Parlimen.

“Umno bukan sokong agenda PH tetapi mereka melakukan sedemikian kerana sangat membenci Muhyiddin, Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih besar daripada dia (Umno) tidak suka kepada kita (PH),” katanya dalam bicara secara langsung menerusi Facebook beliau malam tadi.

Mujahid mengingatkan penyokong PH terutamanya, bahawa hal itulah sebenarnya motif sokongan Umno kepada Anwar.

“Biar kita jelas. Umno lagi tidak suka Muhyiddin dan Bersatu. Bagi Umno, lebih baik berkawan dengan  Anwar di Parlimen untuk mendapat majoriti daripada dia (Umno) terus menyokong Muhyiddin dan Bersatu,” katanya.

Mujahid berkata, Bersatu hendak memastikan Umno mati secara keseluruhannya meliputi seluruh akar umbi dan segala organisasi berkaitan parti keris itu.
 
“Hanya dengan itu, barulah Bersatu boleh ganti Umno. Inilah yang orang Umno tidak boleh terima. Bagi Umno, Bersatu adalah musuh nombor satu.

“Pada masa ini, Umno melihat sokongan kepada Anwar adalah lebih baik dalam mengekalkan kewujudan Umno berbanding kekal dengan PN.

“Jadi, jangan kata Umno sokong Anwar kerana mereka setuju dengan perjuangan PH,” kata Mujahid.

Sehubungan itu, jelasnya, sokongan Umno hanya berlaku dalam kalangan 222 Ahli Parlimen parti untuk membolehkan PH mempunyai majoriti.

“Sokongan MP-MP Umno supaya kita (PH) mencapai majoriti yang membolehkan kita menjadi kerajaan adalah berlaku di dalam Parlimen di kalangan 222 Ahli Parlimen. Itu sahaja.
 
“Ia tidak melibatkan perjanjian pilihan raya, pembahagian kerusi, manifesto, atau apa-apa persetujuan politik di luar Dewan Rakyat.

“Hal inilah penyokong PH dan Umno mesti faham betul-betul,” kata Mujahid yang juga Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia AMANAH itu lagi.

NAMPAKNYA

UMNO BIJAK

PANDAI BUAT

UNITED FRONT

AMIN  

APA AKAN JADI SETERUSNYA

 AMIN 

BILA  ANWAR

 AKAN  TERAJANG

MUHYIDDIN  ???

AMIN 

LEPAS TAHUN

 BARU  KE  

RAKYAT MALAYSIA

SEDANG TUNGGU

BILA BILA BILA 

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno tak benci muhiddin.. yang benci mudim .. puak lokman adam.. maknanya yang benci mudim ni puak jibby.. bermakna yang benci mudim ni puak puak banduan.. dia bukan benci sangat dia ni kira macam kekasih gelap .. dia boleh di kongkek.. tapi tak boleh tuntut harta sepencarian

.. begitulah.

bermakna yang nak buat bercemulot dengan PH ni puak kelepet .. apa yang mujahit kempen ni buat kerja sama dengan puak kelepet .. umno kelepet nuar .. nuar kelepet mujahit..

begitulah ...