RAKYAT
TOLONG
RAKYAT
YB PERAK
BUAT BETUL
BERI UNDI PERCAYA
PADA MENTERI BESAR
AMIN
Dewan Rakyat juga perlu contohi DUN Perak
Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun harus membenarkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yasssin dibahaskan, seperti perkembangan yang berlaku di Perak hari ini, kata Nga Kor Ming.
DEWAN RAKYAT
WAJIB CONTOHI
DEWAN PERAK
BUAT UNDI
PERCAYA PADA
MUHYIDDIN
KHALAS
MB Perak tewas undi percaya
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu gagal menguasai sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila usul undi percaya dikemukakan terhadapnya hari ini semasa persidangan dewan.
Beliau hanya memperolehi sokongan 10 wakil rakyat sementara 48 yang lain menolak beliau sebagai menteri besar dalam undi belah bahagi yang dibenarkan Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Seorang wakil rakyat berkecuali, umum Mohamad Zahir.
COTOH POLITIKUS
PENTINGKAN
RAKYAT
BUKAN GILA KUASA
AMIN
Saya tak akan bubar DUN, kata Ahmad Faizal
AHMAD Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beliau menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum kedudukan semasa kerajaan negeri Perak di bawah Perikatan Nasional (PN).
Katanya beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat ketika negara sedang mendepani pandemik Covid-19 berbanding kedudukannya selepas gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan terhadapnya selaku Menteri Besar Perak pada persidangan DUN pagi tadi.
“Bila saya menghadap Sultan, saya boleh menyembah agar Dewan (DUN) dibubarkan, (namun) adakah itu yang kita mahu? Sama sekali tidak, (kerana) keadaan (sekarang) tidak kondusif untuk pilihan raya. Jadi apa yang saya harus lakukan?
“Saya perlu akur dan beri sokongan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku pilih sebagai menteri besar dan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
KITA
JAGA
KITA
1 ulasan:
Orang Perak Akan kata, ‘Ajenya gampang, dia buat usul undi percaya, dia yang tak sokong’. Ini sexual kes nak rampas jawatan
Catat Ulasan