INI PEMIMPIN
CONTOH PAKATAN
AMIN
BUKAN GILA
NAK JADI PM
HINGGA RUNTUH
KERAJAAN
AMIN
Pakatan tubuh pasukan petugas vaksin Covid-19
BEKAS menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad akan mengetuai pasukan petugas Pakatan Harapan bagi membantu Putrajaya dalam program imunisasi Covid-19.
“Objektif Pasukan Petugas Imunisasi adalah untuk membantu kerajaan dalam program imunisasi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan petugas akan menggerakkan semua ahli Parlimen untuk membanteras naratif anti vaksin dan membantu menyelaraskan program ini di kawasan persekutuan dan negeri mereka.
“Pasukan petugas ini akan melibatkan pakar perubatan, pihak berkepentingan dan NGO bagi memastikan seluruh masyarakat terlibat dalam pemantauan dan pelaksanaan rancangan imunisasi Covid-19 nasional,” kata ahli Parlimen Kuala Selangor.
Dzulkefly berharap kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama dengan pasukan petugas untuk memastikan kejayaan program imunisasi Covid-19.
Pasukan Petugas Imunasi turut termasuk bekas timbalan menteri Dr Lee Boon Chye, ahli Parlimen Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Dr Ong Kian Ming (Bangi) dan pegawai kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud (Selangor), Dr Norlela Ariffin (Penang) and S. Veerapan (Negeri Sembilan). – 29 Januari, 2021.
2 ulasan:
Jangan buang masa! Doktor ni semua dari Pakatan. Kalau ada apa-apa kejayaan, Anwar akan tampil kedepan dakwa diri pemimpin usaha. Kalau betul-betul nak khidmat rakyat, Pakatan jangan takut singkir Anwar dulu. Penyokong Pakatan akan sokong, ahli biasa Pakatan akan sokong. Semua tahu Anwar perosak! Hanya pimpinan Pakatan yang buta dan pekak terhadap masalah Anwar!
Shukur pada tuhan...manusia macam abam ai, najib, Zahid, LGE , Ahmad maslan benggong tidak terlibat dlm kerajaan,
Catat Ulasan