Selasa, 23 Februari 2021

BERI MAKLUMAT JELAS TENTANG VAKSIN

 


AWAS

Beri maklumat jelas tentang vaksin, kata pasukan petugas imunisasi Pakatan




PUTRAJAYA perlu jelas dan telus dengan maklumat berkenaan keberkesanan, keselamatan dan kualiti vaksin koronavirus bila program imunisasi bermula kelak, kata pasukan petugas khas imunisasi Covid-19 Pakatan Harapan (PH).

Pasukan itu berkata ia akan dapat membantu meningkatkan keyakinan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan.

“Kita perlu sentiasa realistic dalam memperincikan program suntikan. Kita perlu tidak terlalu berlebih-lebih dengan idea itu yang ia sentiasa hebat dan semuanya akan berjalan lancar seperti dirancang,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Putrajaya perlu ada jangkaan dan pelan kecemasan dan meramalkan keadaan yang mungkin berlaku seperti disaksikan menerusi pengalaman baru-baru ini, katanya.

“Walaupun perintah kawalan sekatan (PKP) dan darurat diisytiharkan, kita gagal menahan lengkung pandemik, apatah lagi meratakannya.”

Kes terkumpul mencecah 300,000, dengan kematian melepasi paras 1,000 kes, katanya.

Program imunisasi akan dijalankan menerusi tiga fasa. Fasa pertama bermula 26 Februari hingga April membabitkan petugas barisan hadapan termasuk pegawai Kementerian Kesihatan, polis dan tentera.

Ia kemudian diikuti dengan golongan warga emas dan orang kurang upaya pada fasa kedua dari April hingga Ogos dan fasa ketiga dari Mei hingga Februari 2022, dibuka kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas.

PH berkata kerajaan juga perlu mengingatkan rakyat vaksin itu bukan magis yang boleh mengakhiri pandemik ini serta merta.

“Amat membimbangkan apabila kerajaan mempamerkan ketibaan vaksin seolah-olah ia ‘penyelamat’ pandemik yang sedang melanda kita. Ini akan mencipta rasa selamat yang palsu kepada orang ramai.

“Mereka perlu tahu vaksin ini sebahagian daripada program keseluruhan untuk melawan, membendung dan membantu kita keluar pandemik ini.”

Rakyat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard, termasuk melakukan penjarakan sosial, sementara ujian dan penjejakan kontak rapat perlu diberi perhatian menerusi sistem cari, saring, jejak, asing dan sokongan. – 23 Februari, 2021.


KITA

JAGA

KITA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seboleh bolehnya jgn bagi vaksin pada frontliner kerana jika vaksin bermasalah maka besarlah masalah rakyat...beri je vaksin tu pada ahli politik sebab bila vaksin gagal maka kurang lah masalah rakyat...