INI SOALAN
BANGANG
KAH KAH KAH
MUHYIDIN NAK
LAWAN KOBID
AMIN
ANWAR BUKAN
NAK LAWAN
KOBID
KAH KAH KAH
ANWAR NAK
LAWAN SAPO
BANYAK NUMBO
KAH KAH KAH
Kenapa Parlimen tidak bersidang, soal Anwar kepada Muhyiddin
PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berdiam diri berkenaan isu persidangan Parlimen ketika darurat.
“Kenapa tidak ada kenyataan daripada perdana menteri untuk hormat titah Agong?
“Selama ini mereka hebahkan kepada rakyat bahawa Agong perkenan dan jangan dipersoalkan,” kata Anwar di Facebook hari ini.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata sudah seminggu sejak Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa darurat.
Anwar berkata tindakan berdiam diri Muhyiddin hanya membuktikan kerajaan Perikatan Nasional masih kekurangan majoriti untuk memerintah negara ini.
“Sehingga mereka perlu membeli lebih ramai ahli Parlimen,” kata presiden PKR itu.
Semalam dua ahli Parlimen PKR – Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) – keluar dari parti mereka dan berjanji akan menyokong Muhyiddin.
Ia berlaku selepas dua ahli Parlimen Umno mengumumkan bahawa mereka menarik sokongan terhadap presiden Bersatu bulan lalu, meninggalkan kerajaan dengan hanya 110 ahli Parlimen di 222 ahli Dewan Rakyat.
Anwar mendakwa Perikatan menggunakan taktik tersembunyi untuk membeli ahli Parlimen “dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan sokongan sebelum Parlimen bersidang semula”.
Darurat di seluruh negara diisytiharkan pada 12 Januari dan ia termasuk penangguhan persidangan Parlimen sehingga Ogos tahun ini. – 1 Mac, 2021.
1 ulasan:
TT, Anwar panlai main nombo. Lu bikin kalao Anwar nombo manyak lapat jadi pi-m, dia mau lawan Muhyidin siapa lapat lebih manyak nombo kovid tak. Anwar takle cakap macam mana mau kautim kovid leh.
Catat Ulasan