Jumaat, 30 April 2021

JANGAN TIPU TIPU

 

RAMAI NAK TAHU

 BETUL KE

ADA KOMISEN

BELI VAKSIN

AMIN

KALAU ADA 

SAPA DAPAT

AMIN

INI MACAM BELI

KAPAL SELAM KE? 

AMIN



Pengguna makin ragu vaksin AstraZeneca jika beri sukarela, kata pakar

KEPUTUSAN Putrajaya membenarkan vaksin AstraZeneca-Oxford diambil secara sukarela akan meningkatkan kebimbangan terhadap jenama vaksin tersebut, kata pakar kesihatan.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata ini juga boleh mempengaruhi kadar pengambilan vaksin.

“Keputusan itu akan menimbulkan ketidakpastian di kalangan masyarakat umum dan ini dapat meningkatkan keraguan dan mempengaruhi pengambilan vaksin,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Saya tidak pasti berapa banyak orang yang akan secara sukarela mengambil vaksin AstraZeneca.”

Zainal juga menyatakan kebimbangan pengambilan kurang akan menyebabkan pembaziran dos.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin pada Rabu berkata vaksin itu tidak akan diberikan kepada orang ramai, sebaliknya hanya akan diberikan kepada mereka secara sukarela sahaja.

Perunding Pediatrik dan Neonatologi di KPJ Damansara Specialist Dr Musa Noordin berkata komunikasi yang lemah daripada kerajaan mungkin telah mengikis keyakinan di kalangan masyarakat.

“Komunikasi risiko tidak ditangani dengan baik sejak awal,” katanya.

“Dalam banyak hal, situasi ditimbulkan ramai jurucakap di beberapa kementerian dan agensi telah mengikis kepercayaan masyarakat terhadap vaksin.

“Ia sepatutnya menjadi mesej berhati-hati, senada dan konsisten mengenai teka-teki AstraZeneca,” kata ahli seumur hidup Persatuan Pediatrik Malaysia.

Musa, yang merupakan penyokong kuat imunisasi itu merujuk kepada hantaran yang dipadam di laman Facebook Kementerian Kesihatan mengenai tindakan beberapa negara Eropah berhubung pemberian vaksin berikutan berlakunya pembekuan darah.

Hantaran yang dimaksudkan itu mengatakan, lima negara menangguhkan penggunaan vaksin itu berikutan penemuan Jawatankuasa Keselamatan Agensi Perubatan Eropah.

Katanya hantaran itu dipadam setelah ada aduan kepada Kementerian Kesihatan.

“Mereka kata manfaatnya melebihi kesan sampingan. Namun mereka senaraikan negara yang tangguh vaksin AstraZeneca,” kata Musa yang juga anggota pengasas Immunise4Life.

“Tindakan seperti ini telah merosotkan kepercayaan terhadap vaksin, malah ada yang tidak dapat dipulihkan,” tambahnya.

Katanya, agak malang bahawa kesan buruk dari suntikan kini mendapat lebih banyak perhatian di kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, agensi kesihatan global dan pengawal selia kebangsaan berkata vaksin adalah alat kesihatan awam yang kuat dan semua vaksin Covid-19 yang dibenarkan sangat berkesan dalam mencegah dimasukkan ke hospital dan kematian. – 30 April, 2021.


BETUL KE

VAKSIN OKAY?

AMIN

BAGAIMANA

DENGAN VAKSIN

DARI CHINA MERAH

AMIN

BOLEH 

PERCAYA KE?

KHALAS




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri itu sendiri dah disuntik dengan Sinovac dan terus boleh 'bercakap' bahasa China Merah. Tak nampak pun ada kesan negatif ke atas nya. Selain dari itu tak banyak kedengaran pun kesan sampingan dari mereka yang telah disuntik dengan Sinovac berbanding dengan berbagai masalah dari mereka yang disuntik Fzier, AstraZeneca dan Johnson & Johnson. Ada VVIP kita pun dikhabarkan juga telah mengambil Sinopham dan tak dengar pun masalah yang berlaku termasuk dari negara-negara Timur Tengah yang mempelopri vaksin jenama tersebut.
Jadi ini satu lagi mainan media yang ingin mengecatkan segala yang buruk dari China Merah kerana ketakutan mereka kepada kemunculan mendadak China Merah dalam persada dunia. Tapi ramai yang termakan umpan 'the hidden hands' ini atau kerana sejarah prejuidis yang tak mampu padam!

Tanpa Nama berkata...

My husband is from South India, they’re trying to get everyone vaccinated even though most of the people don’t want the vaccines so now the government is trying to scare them into taking it. They are just using their power to control the people since the people don’t trust the government, that’s all.

https://t.me/tommy_robinson_chat/692899

Pembualan di pautan diatas...

panglimo potaseh berkata...

Kok tak nak cucuk vaksin Lu mintak TaT nawarkan air doa untuk ngalau hantu kobid ..

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm tu suntik komisen ler lagi cepat baik...tak gitu tuan TT..KAKAKAKKAKAKAKAKAKAKKAKAAK