KALAU TAKDA
PRINSIP APA JADI?
KAH KAH KAH
PRINSIP NI
BOLEH BELI
DI KEDAI MANA?
KAH KAH KAH
Menteri Umno dalam kerajaan Perikatan tiada prinsip, kata Ku Li
MENTERI Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) tiada prinsip dan tidak mempedulikan desakan parti supaya melepaskan jawatan masing-masing, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran Umno yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata mereka sepatutnya meletak jawatan jika mahu bertanding sebagai calon Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Maaf cakaplah, mereka kurang prinsip dan tiada hala tuju. Mereka hanya mahu memegang jawatan menteri.
“Bila orang tanya saya apa patut ahli Umno buat, saya kata mereka patut letak jawatan dan keluar dari kerajaan ini,” katanya yang juga pengerusi lembaga disiplin Umno kepada The Malaysian Insight.
Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 berkata kebanyakan perwakilan menyokong desakan supaya menteri dan anggota sebarang jawatan dalam kerajaan meletak jawatan jika PRU15 akan diadakan tidak lama lagi.
Presiden Umno itu juga mencabar Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk melepaskan jawatannya dan memanggilnya “makhluk perosak” dan pembelot kerana menyokong kerajaan PN. Annuar dilihat sering mengkritik Zahid dan dilihat menyokong Bersatu.
Zahid berkata menteri Umno mendapat jawatan itu kerana parti dan sepatutnya menunjukkan kesetiaan kepada parti, bukannya pada jawatan.
Susulan desakan Zahid menggesa ahlinya meletak jawatan daripada kerajaan, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan menteri Umno yang kemudian bersetuju untuk kekal dalam kerajaan PN.
Berkenaan mencalonkan menteri yang enggan meletak jawatan, bertanding pada PRU15, Ku Lim berkata beliau tidak pasti bagaimana kepimpinan parti akan mengendalikan perkara itu.
“Saya fikir mereka (menteri Umno) tidak menunjukkan disiplin. Mereka tidak menunjukkan kesetiaan yang sempurna. Jadi kalau saya, mereka akan dikeluarkan dan tidak mahu mereka kembali.”
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata jika mereka (menteri Umno) mahu bertanding pada PRU15, mereka patut meletak jawatan, balik dan bersiap sedia untuk berdepan dengan pilihan raya itu.
“Mereka diberikan kerja dan mereka mahu terus kekal di situ. Ada antara mereka fikir lebih baik jadi menteri daripada tidak ada apa-apa.
“Bukan mereka saja yang akan kalah. Kita (Umno) pun akan jatuh sama.”
Ku Li berkata jika mereka (menteri Umno) mahu pilihan raya, maka mereka perlu keluar PN sekarang di mana gabungan kerajaan itu dijangka kalah kerusi di Dewan Rakyat.
Umno sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mohon Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya diadakan dan lihat ke mana rakyat akan berikan mandate.
“Mari balik semula kepada rakyat dan biarkan mereka putuskan siapa yang jadi ketua,” katanya.
Bagaimanapun, menteri Umno dalam Kabinet Muhyiddin berkata adalah tidak sesuai untuk mereka meletak jawatan sekarang.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata cakap-cakap minta menteri Umno keluar Kabinet sepatutnya berhenti kerana PAU memutuskan mereka kekal dalam kerajaan hingga Parlimen dibubarkan.
“PAU adalah autoriti tertinggi dalam parti. Keputusan mereka muktamad,” kata Ismail di Kuala Lumpur semalam.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican berkata Umno tidak mengarahkan menteri parti itu untuk meletakkan jawatan serta merta daripada kerajaan PN.
Reezal yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata menteri daripada parti itu ada tanggungjawab, terutama pada masa ini di mana negara sedang berdepan pandemik Covid-19 dan program imunisasi kebangsaan sedang dijalankan. – 10 April, 2021.
1 ulasan:
Koi Li ini banyak principles kah ? Mana nak beli tur ? Kedai Ah Chong atau Hassan atau Manila Basha ? Pelacur lon ada principles bayar baru kangkang kah kah kah, sama lah politikus macam tikus, dapat habuan buka kaki kah kah, terkejut kah ? KOi Lee dah lama dalam poltik Melayusia tak kan tak tahu, masih dalam Gua Musang kah kah kah
Catat Ulasan