Rabu, 5 Mei 2021

BERKHALWAT HARI KE 414

 



TERIMA KASIH

Unknown commented on

 "BERKHALWAT KE HARI 412"

Hari Selasa 4hbMei2021 adalah hari ke 413 iaitu 59x7. Kesilapan pada 13hbApril dulu iaitu ditulis hari ke 391 padahal hari ke 391 dh ditulis pd 12hbApril.


KHALWAT KE 414
RABU 5/5/2021
KITA MASUK KE HARI 414
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE  112

PUASA
HARI KE 23

ANGKA KOBID NAIK
6 DAERAH DI SELANGOR
DI UMUM PKP 3.0
KELANTAN  SELANGOR
DILIHAT TEROK

SUNTIKAN TERUS BERJALAN
AMIN

PAGI INI
HOKKIEN KELAM
KABUS PAGI AGAK TEBAL
KUALA LUMPUR JUGA
DISELUBUNGI KABUS
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI SINAR DIPANTAU KABUS

MURAI DAN TIONG
MENYAMBUT GUA
DARI JARAK YANG AMAT JAUH
SAYU SAYU
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK

GUA BERI PERHATIAN RAPI
PADA POKOK MENGKUDU
GUA TERNAMPAK
SEPASANG TEMPUA
ERTINYA
ADA  LAGI BANGLO
YANG AKAN DIDIRIKAN
AMIN

BRO
SENYUMLAH
UNTUK PAGI INI

BRO
DALAM HIDUP INI
KITA TAK PERNAH KALAH
KITA MENANG
ATAU
KITA BELAJAR

BRO
JANGAN LUPAKAN ORANG INI
1 - YANG TOLONG KITA WAKTU SUSAH
2 - YANG TINGGALKAN KITA WAKTU SUSAH
3 - YANG TERUS BERSAMA KITA WAKTU SUSAH

BRO
CINTA SEJATI
TAK ADA TARIKH TAMAT

KECANTIKAN
MENARIK HATI
WATAK
MENARIK ROH

BRO
MARI KITA BELAJAR
TANPA  SYARAT
BERCAKAP 
TANPA NIAT JAHAT
MEMBERI TANPA SEBAB
DAN
MEMBUAT KEBAJIKKAN
PADA RAMAI
TANPA BALASAN

MASAALAH DALAM HIDUP INI
DIMUNCULKAN OLEH
DUA PEKARA
1 - MEMBUAT TANPA BERFIKIR
2 -  TERUS BERFIKIR
TANPA MEMBUAT

BRO
SENTIASA BERLAKU JUJUR
SENTIASA JADI ORI
TAKDA SAPA
DAPAT MENGGANTI

BRO
JANGAN SILAP
GUA TAK BUAT APA APA
TAPI
BUKAN BERMAKNA
GUA TAK NAMPAK

BRO 
JANGAN HARAP
KESETIAAN DARI
MAMAT YANG TAK JUJUR

BRO
JANGAN TERLALU RISAU
APA YANG SUSAH HARI  INI
BUKAN SELAMALAMANYA
SEMUA BERUBAH

BRO
BANGUN TEGAK BERDIRI
UNTUK KEBENARAN
WALAU PUN
LU BERDIRI SEORANG DIRI

BRO
JANGAN MAIN MAINKAN
PERASAAN ORANG
LU BOLEH MENANG
TAPI  LU MUNGKIN
HILANG SOSOK ITU
UNTUK SELAMALAMANYA

BRO
HENTIKKAN BERCAKAP
TENTANG MASAALAH LU
MULA BERSEMBANG
TENTANG
BAGAIMANA LU
ENJOY DE MENJOY

HIDUP INI SEMPOI
TAK PERLU
KITA TERANGKAN
KEHIDUPAN KITA
PADA ORANG LAIN
TERUSKAN HIDUP

BRO
MINTA MAAF
BUKAN BERMAKNA
SOSOK ITU BETUL
DAN
LU SALAH
MAAF DIMINTA
UNTUK SILATULRAHIM
DAN 
MEMADAMKAN EGO

BRO
BETUL TETAP BETUL
WALAU PUN SEMUA
ORANG TAK SETUJU
SALAH TETAP SALAH
WALAPU PUN SEMUA
ORANG SOKONG

BRO
WAKTU MENENTUKAN
SIAPA KITA BERTEMU
DALAM HIDUP
HATI MENENTUKAN
SIAPA  YANG AKAN
BERADA DALAM HIDUP
DAN
PERANGAI KITA
AKAN MENENTUKAN
SIAPA AKAN BERSAMA KITA
SEPANJANG HIDUP

KEPADA SESIAPA
YANG MEMBACA INI
GUA HARAPKAN 
SATU YANG BAIK
AKAN SAMPAI PADA DIRINYA
HARI INI
KALAU LU SETUJU
NYATAKAN YA
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT
SELAMAT BERPUASA


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, dah 414 hari berkhalwat. Viagra dah lama habis. Tongkat ali di belukar belakang rumah pun dah habis dikorek. Anak pun dah keluar satu, lagi satu jangka keluar bulan Ogos. Dulu duit siling dalam kocek 'gring gring'. Sekarang kocek dah berlubang. Camna ni.