Selasa, 11 Mei 2021

VIRUS WUHAN JENIS BARU

 

VIRUS WUHAN

JENIS BARU

AMIN

LEPAS BACA INI

PASTI ADA

YANG BELI NUMBO

KAH KAH KAH

PERANGI WARGA

MALAYSIA

KAH KAH KAH



Varian B1617 diklasifikasikan sebagai kebimbangan global – WHO

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, varian koronavirus yang pertama kali dikesan di India tahun lalu diklasifikasikan sebagai varian kebimbangan global, dengan beberapa kajian awal menunjukkan ia menular dengan lebih mudah.

Varian B1617 adalah varian keempat yang ditetapkan sebagai kebimbangan global dan memerlukan pengesanan dan analisis yang lebih tinggi.

Yang lain adalah varian yang pertama kali dikesan di Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

“Kami mengklasifikasikan ini sebagai varian peringkat kebimbangan global.

“Ada beberapa maklumat yang tersedia untuk menunjukkan peningkatan penularan,” kata Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO semasa taklinat CovidD-19.

Kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di India terus meningkat dan desakan meminta kerajaan supaya melaksanakan sekatan pergerakan semakin meningkat.

WHO berkata, varian utama B1617 pertama kali dikenal pasti di India pada bulan Disember, walaupun versi sebelumnya pernah ditemui pada Oktober 2020

Varian ini telah menyebar ke negara-negara lain dan banyak negari telah melaksanakan peritah sekatan pergerakan.

“Walaupun terdapat peningkatan penularan yang ditunjukkan oleh beberapa kajian awal, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai varian virus ini dan asal usul dan semua sub-keturunannya,” katanya.

Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan memberitahu, kajian sedang dilakukan di India untuk mengenal pasti kebolehterjadian varian, keparahan penyakit yang disebabkannya dan tindak balas antibodi pada individu yang sudah divaksinasi.

“Apa yang kita ketahui sekarang ialah vaksin berfungsi, diagnostik berfungsi, rawatan yang sama yang digunakan untuk virus biasa berfungsi, jadi sebenarnya tidak perlu mengubah semua itu,” kata Swaminathan. –

ASAL USUL

DARI WUHAN

KINI BERANAK

BERCUCU

MAKIN BAHAYA

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WAAAHHHH! Baru-baru ini Hisham tak henti-henti hentam China. Kau mesti cepat-cepat hubungi NED bagi nombor bank akuan dapat duit habuan. Kalau tidak rugi besar. Kongres Amerika dah lulus bajet beratus juta dollar atur pergerakan informasi anti-China.

Cerita virus sebenarnya begini. Sudah lama ada kajian sains antarabangsa yang mengesah virus kobid yang menjangkiti Wuhan adalah cucu. Atok virus berasal dari Amerika, pertama sekali ditemui di sekitar Maryland. Secara mendadak, ramai penduduk sana dapat simptom selsema dan sakit paru-paru. Pada masa yang sama, ada lapuran makmal tentera berdekatan didapati melanggar peraturan keselamatan dan ditutup. Lepas sebulan, Sukan Antarabangsa Ahli Tentera diadakan di Wuhan. Amerika hantar kontinjen, tak menang pingat tapi ada beberapa ahli yang sakit teruk dan masuk hospital sana. Lagi sebulan, wabak kobid di Wuhan.

Mungkin Hisham sibuk hentam China tak ada masa cari kebenaran. Mungkin Hisham tak pandai layar internet cari maklumat. Mungkin Hisham hanya pandai bahasa Inggeris dan banyak maklumat Inggeris di internet dah dipadam NED dan rakan, contohnya masalah kebocoran makmal tentera di Amerika pada 2019.

Tanpa Nama berkata...

PCRclaims🌸 (@pcrclaims) Tweeted:
All just conincidence. Rtwt https://t.co/xKkAX9ruJe https://twitter.com/pcrclaims/status/1392111745158766604?s=20

Sometimes, just need to take some steps back to see the big picture...