Rabu, 16 Jun 2021

AGENDA

 



 ANWAR GUNA

TAKTIK LAMA

KAH KAH KAH

PUTAR SANA

PUTAR SINI

KAH KAH KAH

CAKAP PADA

GUAN ENG LAIN

PADA AGONG LAIN

KAH KAH KAH 


Unknown commented on 

"MENUJU KE

 KERAJAAN PERPADUAN"

https://www.agendadaily.com/politik/anwar-terdesak-hubungi-mp-warisan-dakwa-shafie-sokongnya-sebagai-pm/ Gua udeh cakep. Satu perkara yang biasa abam nuwar ialah kencing.kencing orang dengan teknik cakap lajn2.kahkahkahkah



Anwar terdesak hubungi MP Warisan dakwa Shafie sokongnya sebagai PM

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terdesak menghubungi beberapa Ahli Parlimen (MP) Sabah dari Parti Warisan secara senyap-senyap dan mendakwa kononnya mendapat sokongan Presiden parti itu, Shafie Apdal untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Sumber dalaman Parti Warisan memberitahu Agenda Daily tindakan diambil Presiden PKR tersebut berlaku beberapa hari pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini bagi membuktikan memiliki sokongan MP yang cukup untuk menjadi PM.

Dakwa sumber, Shafie terkejut dengan tindakan berani Anwar yang dilihat membelakanginya sebagai Presiden parti tersebut dan menyifatkan Anwar sebagai tidak menghormati Shafie sebagai ketua parti sehingga terdesak mengambil langkah sedemikian.

“MP Warisan memberitahu Presiden mereka dihubungi Anwar dan mengatakan sudah mendapat persetujuan untuk menerimanya sebagai Perdana Menteri… Tetapi MP Warisan tidak bodoh dan mereka terlebih dahulu menghubungi Shafie untuk mengesahkan terlebih dahulu kesahihan dakwaan Anwar.
 
“Selepas disemak, Shafie memberitahu MP Warisan yang dihubungi Anwar supaya tidak terpedaya dengan panggilan telefon Anwar mengatakan sudah menerimanya sebagai calon PM,” dedah sumber.

Shafie tidak sedar berhubung tindakan Anwar tersebut sehingga beberapa MP Warisan menghubunginya memberitahu mereka menerima panggilan daripada Anwar, dedah sumber.

Sementara itu, sumber tidak menafikan Anwar ada bertemu dengan Shafie di kediamannya sebelum ini bagaimanapun Presiden Warisan itu tidak memberi sebarang jawapan konklusif berhubung permintaan untuk menerimanya sebagai calon PM.

“Tidak ada jawapan diberikan kepada Anwar berhubung permintaannya untuk mendapatkan sokongan dari Warisan… Shafie tidak berkata ‘Ya’ bersetuju dengan permintaan Anwar,” kata sumber yang turut berada dalam pertemuan tersebut.

Menurut sumber, Anwar secara agresif cuba melobi dirinya untuk menjadi PM sebelum pertemuan dengan Agong baru-baru ini dan sokongan MP Sabah penting bagi mencukupkan majoriti yang dikatakan dimilikinya.

“Anwar sedar memerlukan sokongan MP Sabah untuk mencukupkan nombor yang dikatakan dimiliknya, bagaimanapun usahanya tersebut tidak mendapat sambutan… Oleh sebab itu beliau sanggup menghubungi MP Warisan dan mendakwa Shafie menyokongnya walhal tidak.

“Jika sampai tahap itu Anwar sanggup buat, ia bermakna Anwar sebenarnya tahu Shafie tidak akan menyokongnya,” katanya lagi.

Jelas sumber, Shafie juga tidak ada mengeluarkan arahan kepada MP Warisan untuk menyokong Anwar dan dakwaan mengatakan wujudnya Akuan Berkanun (SD) menyokongnya adalah palsu dan tidak sahih.

“Tidak ada SD MP Warisan menyokong Anwar sebagai PM, jika ada ia adalah palsu dan tidak sahih,” katanya.

Anwar kiranya sudah boleh ‘menutup buku’ untuk berhasrat menukar kerajaan baharu selepas diberi ‘ceramah’ mengenai Perlembagaan oleh Agong.

Anwar yang begitu teruja untuk menemui Tuanku akhirnya hampa apabila tiada isu berhubung pembentukan kerajaan baharu dibincangkan sebaliknya beliau pula ditegur oleh Tuanku.

Beliau pada awalnya berharap dapat mempengaruhi Tuanku kononnya Muhyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti di Parlimen (yang bermaksud kurang dari 111 Ahli Parlimen menyokongnya) dan beliau memiliki majoriti itu (yang bermaksud lebih daripada 111 Ahli Parlimen menyokongnya).

Ketika wartawan bertanya kepada Anwar apakah beliau membincangkan topik perubahan pemerintahan dengan Seri Paduka Baginda Agong, Anwar mengesahkan bahawa perkara itu tidak dibangkitkan atau dibincangkan.

 

AWAS

TAKTIK ANWAR NI

KAH KAH KAH

DULU GUNA

TAKTIK INI

TIPU SANUSI JUNED

KAH KAH KAH

KATA PD SANUSI

DAIM SOKONG

LAWAN GAFAR

KAH KAH KAH

JUMPA DAIM

KATA SANUSI

SOKONG

 LAWAN GAFAR

KAH KAH KAH

SEKARANG TAKTIK

SAMA DIGUNAKAN

TAPI KENA SAILANG

TERIMA KASIH

RONALD REAGAN

KHALAS




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah

abam2

bila nak berubah bang non ni

Arymanchino berkata...

PMO dah umum tadi PM dah tukar.PM tukar nama je tp org dan badan tetap same.Mat Sembab kekal jadi PM tp tukar nama..kah..kah..