JANGAN CABAR
KERAJAAN
AMIN
MUSTAHIL
TAK FAHAM
KHALAS
IINI PERANGAI
GEROMBOLAN
BILA DAH
DAPAT KUASA
KHALAS
Jangan cabar kerajaan – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada kilang-kilang yang masih berdegil melanggar prosedur standard operasi (SOP) Covid-19 agar jangan mencabar kerajaan.
Amaran tegas itu dikeluarkan apabila sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan ditutup kerana gagal mematuhi arahan dikeluarkan.
”Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP,” tegas beliau menerusi Twitter.
Dalam kenyataan media semalam, beliau berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kKerajaan serta SOP yang telah diwartakan.
Kelmarin, menurut beliau, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.
Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja.
2 ulasan:
Nak cabar kepala bapak apa ..betul lah cakap Mael tu ..tutup semua kilang. Satu lagi hantar balik simua bangla dan nepal balik, mereka masih ramai dan dah mula jadi sombong ..dan ..dan pompuan Melayu sgt suka pada kote mereka ..
Lu sumer dah lupa ke apa jadi pd pak lah bila dia kuar ayat " saya pantang dicabar"
Catat Ulasan