BERKUBANG
DENGAN
BARBARIANS
Aku masih ingat lagi di mana aku berada pada 4 Julai 1986. Pada pagi hari itu - dari Brussels aku naik bas menuju kota San Sebastian wilayah Basque di Utara Sepanyol.
Perjalanan bas membawa aku masuk ke dalam perut kota Paris. Perjalanan ini mengambil masa hampir 19 jam. Satu pengalaman. Hanya aku seorang penumpang berkulit hitam. Bas dipenuhi oleh warga Sepanyol. Justeru video dan lagu yang ditayangkan dalam bas semua berbahasa Sepanyol.
Pada hemat aku semua penumpang ini warga Sepanyol yang bekerja di Belgium dan pulang bercuti musim panas.
Aku ke San Sebastian kerana ada temu janji. Aku berjanji untuk menziarah Carmen anak gadis kelahiran Basque yang bekerja di San Sebastian. Kami bertemu ketika sesama belajar Bahasa Peranchis di Universiti Katholik Leuven la Neuve.
‘ Isham... you arrived on a perfect day… your timing .. tomorrow we are going to Pamplona … San Fermin Festival .... Running of the Bull starts tomorrow …’ Ini ucapan selamat datang dari Carmen bila aku sampai di hadapan stesen bas di San Sebastian.
Nama kota Pamplona pernah aku dengar. Ini kota romantik yang selalu menjadi latar belakang dalam cerita pendek dan novel The Sun Also Rises - kesah cinta yang di tulis oleh Ernest Hemingway (1899-1961). Sekarang aku pula berpeluang untuk melakar kesah cinta aku dengan Carmen di Pamplona.
Petang esoknya kami naik bas menuju ke Pamplona. Kota kecil 57 batu dari San Sebastian terletak dalam lembah subur. Perjalanan bas kami melintasi bukti bukau. Lalu aku teringatkan Bukit Tangga , Kuala Klawang dan Jelebu.
Petang itu apabila Carmen dan aku sampai ke Pamplona – kota kecil ini telah dipenuhi oleh manusia.
‘ No hotel... we sleep on the street like everyone....’ Carmen memberi arahan kenapa kami tidak perlu melanggan bilik hotel.
Lalu kami merayau-rayu bersama ribuan pencari suasana pesta. Kami berlegar pindah dari satu bar ke satu bar. Kami tidur-tidur ayam - semua menunggu jam 8 pagi sampai. Inilah masanya lembu-lembu jantan akan dilepaskan dari kandang.
Apabila dilepaskan lembu-lembu jantan yang khas diternak untuk San Fermin ini akan masuk ke lorong pekan untuk menuju ke dalam padang di mana Sang Matador sedang menunggu dengan kain merah dan pedang terhunus.
Tapi bukan kesah pertempuran lembu jantan dan Sang Matador yang ingin aku surahkan.
Di setiap bar yang Carmen dan aku masuki semua mengalu-alukan kami. Malah ada yang membelanjakan kami air anggur merah. Semuanya gembira melihat gadis Sepanyol berpacar dengan aku yang dianggap ‘orang hitam’.
‘ Where are you from...’ Ini soalan di setiap bar yang aku temui.
‘Malaysia...’ aku menjawab sambil Carmen menerangkan dalam bahasa Sepanyol di mana kami bertemu.
‘ Hah! What ! You... Malaysia... dangerous... dangerius..’ Lelaki kacak yang sedang memangku aweknya di kerusi bar bersuara bila aku menerang dari mana aku datang.
‘ They hang people for drugs...’ Awek cun berambut hitam panjang lagi cun menambah kesah. Kemudian pasangan ini menunjukkan tangan mereka memotong leher.
Tiga bar aku masuk. Di-setiap bar yang aku masuk bila aku terangkan aku dari Malaysia semuanya menunjukkan leher mereka kena cekik.
Tiap kali aku melihat lakonan pantomim ‘mati ‘ ini ditayangkan aku hanya ketawa. Kemudian aku angkat gelas air anggur dan terus yamseng.
Aku tahu asal usul pantomim ini. Pada 7 Julai 1986 ketika aku dan Carmen di Pamplona berita Kevin Barlow warga United Kingdom dan Brian Chambers dari Australia telah digantung mati di Penjara Pudu Kuala Lumpur telah meledak ke seluruh dunia.
Dua anak muda berkulit putih warga United Kingdom ini didapati bersalah atas tuduhan memiliki dadah. Hukum gantung sampai mati ini menjadi berita dunia.
Bila aku masuk ke Brixton College berita mati kena gantung akibat dadah ini tidak lagi menjadi perbualan nasional di United Kingdom. Malah aku selalu bertemu Mamat Itam berdagang ganja dan hashih dengan senang sekali di Coldhabour Lane di tepi pekan Brixton.
Ketika ini aku semakin selesa dengan kota London. Aku sedang menyambung belajar dan aku kini ada tempat tinggal resmi milik Majlis Tempatan Tower Hamlet.
‘ Me...sorted... I’m kosher..’ Aku telah selamat. Aku telah dihalalkan. Ini mengikut istilah warga kota London.
Aku sedang sedaya upaya memahami dan menghayati budaya penduduk setempat. Bak kata Orang Melayu – masuk kandang kerbau menguak – masuk kandang kambing membebek.
Kini aku sedang belajar membebek macam Mat Salleh.
Budaya demokratik yang terbuka memang mudah dihayati dalam kota London. Keceriaan nilai hidup diperkukuh dengan budaya teater, wayang, bola, budaya pub atau konsert.
Teater mungkin agak mahal. Wayang dengan kad pelajar harga tiket agak demokratik. Kalau tak ada modal duduk di rumah layan tv. Empat saluran tv kota London menjamin cita rasa dari pelbagai jalur dan cita rasa.
Aku yang setia dengan tunjuk ajar Tony Budak Itam kawan sedarjah aku di Brixton College. Hasilnya aku kini menjadi gian dengan rancangan tv komidi Inggeris. Makin lama aku duduk dalam kota London semakin faham aku akan humor Inggeris.
Aku perhatikan humor Inggeris ini terikat dengan politik , kuasa , ekonomi yang disalut oleh kelas. Inilah yang menjadikan humor Inggeris ini berbeza dari yang lain.
Blackadder komidi purbawara. Alo Alo komidi Inggeris tentang perang dunia ke dua. Komidi politik yang ‘ hot’ dan paling diminati ialah Yes Minister. Manakala komidi klasik tentang gambaran budaya a politik zaman Magaret Thather pastilah Only Fools and Horses.
Aku telah ketagih dengan Only Fools and Horses. Del Boy watak yang dimainkan oleh David Jason kini telah aku fahami. Watak Rodney adik Del Boy yang dimainkan oleh Nicholas Lyndhurst menjadikan aku bersimpati dengan kelas bawahan.
Malah setiap kali aku ternampak kereta roda tiga aku akan teringat akan Del Boy. Setiap kali aku ke pasar Bricklane pada pagi Ahad aku akan terbayangkan muka pemilik gerai itu sebagai Del Boy yang sedang melaung laungkan barang curian untuk dijual.
Jika aku nampak Pak Cik Tua sedang berjalan di Whitechapel aku teringat akan Pak Cik Albert bapa saudara Del Boy – bekas soldadu anti- Hitler.
‘ Isham... how’s your Del Boy...’ Tony memeriksa sama ada aku berada di hadapan kaca tv pada malam Selasa yang lepas menuntun Only Fools and Horses atau tidak.
‘ In innnit...’ Jawapan aku cuba mengajuk lorat Del Boy.
Tertiba tiga tahun sesudah aku pulang dari Pamplona kesah anak muda Barlow dan Chamber yang mati digantung di penjara Pudu muncul kembali. Kali ini dalam bentuk drama teater.
Awalnya teater Amongst the Barbarians garapan Michael Wall dipentaskan di Manchester. Kemudian dibawa masuk ke Hamstead Theatre London.
Kami warga Malaysia yang mengikuti budaya teater dan bangsawan kota London mula bersembang tentang sandiwara baru ini. Nak tengok atau tak nak tengok.
Ada kawan Malaysia aku yang mengandaikan ‘barbarian’ ini ialah kita rakyat Malaysia. Sikap nasionalis sempit muncul. Barbarian bermakna satu kumpulan manusia yang tidak bertamadun, kasar, lucah dan ganas.
Aku tidak memiliki apa apa pandangan. Falsafah hidup aku amat senang. Sama seperti buku Salman Rushdie The Satanic Verses – aku tak baca maka aku tak komen. Pekara yang aku tidak tahu mustahil aku ada pandangan. Maka aku beli tiket dan pergi menuntun teater ini.
Musim sejuk tahun 1989 aku tinggal di New Mill House East London. Satu petang pulang dari sekolah mesin peti jawapan talipon aku ada berkelip-kelip lampu hijau. Ada pesanan yang ditinggalkan dalam peti pesanan.
‘ Mister Rais .. please return my call... James from Oriental Casting....’
Aku terperanjat bila mendengar pesanan ini. Aku tak kenal pun siapa sosok yang bernama James ini.
‘ Ello.. Mister James please.... you rang me ... Isham here ...Malaysian student,,,’
‘Oo... great... you knew the play Amongst The Barbarians at Hamstead Theatre recently ... now BBC is making a film based on the play... they need a Malaysian actor... to.act as a Malaysian journalist would you be intrested... I got your number from....’
Mulut aku ternganga. Aku tak percaya apa yang aku dengar. Drama Amongst The Barbarian kini hendak dijadikan filem oleh BBC. Pasukan produksi sedang mencari pelakon.
Aku bukan pelakon. Aku belajar filem bukan belajar teater atau berlakon. Tapi berlakon bukan sesuatu yang amat asing dalam mempelajari filem.
‘ David Jason.. Anne Caroll.. Rwena Cooper .. Kathy Burke ... amongst the talent...’ James memberi nama-nama yang akan berlakon sama. Aku tidak tahu pun nama-nama yang disebutkan. Malah nama yang disebut dalam talian juga tidak begitu jelas dalam pendengaran.
Aku senyap tidak menjawab. James menambah lagi
Mulut aku ternganga bila mendengar nama Del Boys. Berlakon dengan Del Boy? Aku bertanya pada diri aku sendiri. Mustahil.
Aku hampir tak percaya apa yang aku dengar. Khayalan aku pergi jauh macam aku akan berlakon dengan Ismail Bontak atau Mat Kambing. Atau berlakon dengan Nordin Ahmad bersama Latifah Omar.
‘ Yes.. yes... count me in...’ Aku terus bersetuju.
‘ I’ll post you the details...if you give me your address...’ James menamatkan perbualan.
Ketika itu aku tinggal serumah dengan Maria dari Finland. Maria ini warga Finland tetapi berbahasa dan berbudaya Swedish. Dia terlatih sebagai textile designer justeru pandai jahit menjahit.
Maria orang pertama aku beri tahu yang aku akan berlakuan dengan David Jason.
‘ No... you’re not... you are not qualified...’ Maria kurang yakin dengan apa yang aku surahkan.
‘ Please Piggy... I just spoke with the casting agency... acting a a Malaysian journalist.. you make me a new shirt...’ Aku mahu Maria menjahitkan aku sesehai baju baru khusus untuk aku berlakon.
No... you’re not...’ Maria masih tak percaya.
‘ Yes Piggy...’ Aku memangil Maria dengan nama Piggy. Ini nama manja yang aku pungut dari watak Piggy dalam nobel William Golding (1911-1993 ). Lord of The Flies ini buku pertama aku baca apabila aku sampai ke Braine Le Comte Belgium.
Esoknya di kampus aku mencari Tony dan jumpa dia dalam kafe.
‘ Guess what... me acting in a film with Del Boy..” Aku dengan bangga memberitahu Tony bahawa aku akan berlakon dengan Del Boy.
Tony buat tak dengar dan meneruskan minum paginya.
‘ My dear Tony.. I will be acting in a BBC production with David Jason...’ Aku menarik cawan tehnya kerana aku mahu dia memberi pandangan kepada aku
‘ What... Isham... don’t bull me...’ Tony menanggap aku temberang.
‘ Yes.. Del Boy..remember that play Amongst the Barbarian ... about the two blokes got hang in Malaysia...’ Aku cuba mengingatkan kembali Tony kepada kes Barlow dan Chambers.
‘ When... are you meeting your Del Boy...’ Akhirnya ada juga orang percaya bahawa aku akan berlakon dengan David Jason a.k a Del Boy. (TT)
TULISAN INI JUGA
MUNCUL DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW. COM
1 ulasan:
Bro TT selang berapa tahun aku pun tinggalkan Singapura/Malaya....tak lama lepas kamu sampai di Belgium....
Cuma...antara komedi (bukan jahid komedi ya!) kat UK apasal kamu tak tengok Benny Hill ke? Dia punya show pun kelakar gila campur awek cun always joget lambak at the end of the show....macam Solid Gold show di LA!
Anyways...teruskan tinggalkan sejarah sebelum sejarah itu hilang begitu saja bak cerita nenek kamu gi haji tuh....
The difference between me and you...aku masih lagi berkelana, wink!
Catat Ulasan