KALAU ADA YB
PEMBANGKANG
BERANI SOKONG
MUHYIDIN PASTI
MAMPOOS DALAM
PRU 15
KHALAS
Penganalisis beri amaran risiko ahli Parlimen pembangkang terima tawaran Muhyiddin
PEMBANGKANG berisiko mendapat tindak balas negatif pada pilihan raya akan datang jika mereka menerima tawaran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan merayu sokongan bipartisan dalam undi percaya di Parlimen bulan depan, kata pakar politik.
Penganalisis memberitahu The Malaysian Insight, ketua Bersatu itu “sangat terdesak” cuba mendapatkan sokongan untuk terus berkuasa ketika membuat tawarannya kepada ahli Parlimen pembangkang dalam siaran televisyen langsung semalam untuk mendapatkan sokongan bipartisan agar terus kekal menjadi perdana menteri dan menyelamatkan negara daripada pandemik Covid-19.
“Ada pembangkang yang sudah tergoda bahkan sebelum tawaran terbarunya, yang sudah pasti hanya tawaran kosong. Tetapi jika menerimanya, mereka mengambil risiko tindak balas negatif pada pilihan raya pada pilihan raya akan datang,” kata Dr Oh Ei Sun, yang merupakan felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
Oh berkata perdana menteri mengakui beliau tidak lagi mempunyai majoriti di Parlimen.
“Ini bererti beliau mengakui tidak lagi mendapat sokongan daripada majoriti Parlimen tetapi masih berkeras untuk tidak mengundurkan diri, bahkan sampai ke tahap memancing secara terbuka untuk mendapatkan sokongan pembangkang dengan tawaran tidak dijangka, untuk terus berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Bagaimanapun, Oh percaya blok pembangkang dan Umno mungkin tidak bersetuju dengan tawaran itu.
Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan mengundurkan diri tetapi Kabinetnya bersetuju yang rundingan akan diadakan dengan pemimpin parti “di luar Perikatan Nasional (PN)” menjelang undi percaya untuk menguji majoritinya di Parlimen bulan depan.
Enakmen melarang lompat parti dan melaksanakan reformasi Parlimen adalah antara tawaran dibuat oleh perdana menteri jika beliau menang undi percaya.
Muhyiddin juga berjanji akan mengadakan pilihan raya menjelang Julai tahun depan.
Saintis politik Dr Wong Chin Huat berkata alasan utama Muhyiddin ialah Pakatan Harapan (PH), Umno dan yang lain tidak mampu menawarkan majoriti alternatif.
Beliau menambah ahli Parlimen Pagoh itu memberikan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah cabaran membuktikan majoriti atau memberikan penyelesaian lebih baik terhadap pembaharuan.
“Mereka berdua tidak boleh hanya bercakap mengenai nombor sekarang,” kata Wong.
“Jika PH-Umno dapat memberikan tawaran lebih baik berbanding Muhyiddin, maka Malaysia akan menang. Walaupun gagal, Malaysia mungkin melihat, di bawah Muhyiddin, beberapa pembaharuan yang gagal dilaksanakan oleh PH,” katanya.
Beliau berkata ini hanya membuktikan dalam politik paling penting bukanlah nilai, tetapi keadaan dan kesan tidak disengajakan yang tidak boleh ketepikan.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya Awang Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata Muhyiddin mengakui kekalahannya dengan mengemukakan tawaran kepada pembangkang.
Bagaimanapun, beliau berkata tawaran menggubal undang-undang untuk menghalang lompat parti dan tempoh dua penggal untuk perdana menteri, bukanlah perkara baharu.
“Rang undang-undang untuk mengehadkan tempoh perdana menteri kepada dua penggal sudah dibentangkan semasa pemerintahan PH.
“Namun, ketika PN mengambil alih pemerintahan, mereka mendiamkan pembaharuan yang diperjuangkan oleh PH dan hari ini ia digunakan sebagai tawaran oleh PN,” katanya. – 14 Ogos, 2021.
3 ulasan:
Selagi ph namakan nuwar pm..atau umno menamakan anak murid nuwar zahid atau sosok najib jd pm..maka mudin akan kekal ditampuk selagi dia buat dek tak letak jawatan. Berpuluh tahun..PH letak nama nuwar pm tak menang2. Letak nama lain ..madey.menang.
Sama jugak BN masih letak najib pru14..terus lingkop.kahkahkahkah.
Mampoos ke tak mampoos itu akan datang punya hal. Sekarang ni kalau sokong muiden apa yg dapat adalah 'now ' pasti. Sokong pembangkang dapat janji je belum tentu lg. Mcm forward trading.
Siapa yg akan mampos TT.Jgn buat pandai2 sblm rakyat buat kputusan.Rakyat benci semua politikus.Jgn fikir rakyat marah pd Malikul saje.Rakyat dah tahu,semua org politik patut d kampus dlm pasir sahara..Jgn bagi sekor pun hidup...
Catat Ulasan