Sabtu, 4 September 2021

BAGAIMANA KALAU INI BENAR

 


 BAGAIMANA

KALAU INI 

BENAR

AMIN S



Polis ambil keterangan wanita dakwa berhubung dengan nabi

SIASATAN polis berhubung kes ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PYMT) menjurus kepada penularan beberapa rakaman video Masitah Ab Jalar atau dikenali sebagai Sittah Annur di media sosial yang mengandungi kenyataan menyentuh akidah dan ajaran Islam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata siasatan itu dibuat menerusi akaun Youtube ‘Cahaya Islam dan S’ttah An Nur Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT)’ serta pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari lepas.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita itu mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad.

“Suspek turut mendakwa PMYT diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya daripada menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata pihaknya dalam usaha mengesan serta mengenal pasti individu-individu lain yang terbabit dalam kes itu bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain).

“Polis menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum serta menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Hari ini Bernama melaporkan polis selesai mengambil keterangan wanita itu, suami dan pengikut-pengikut rapatnya bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan. – Bernama, 3 September, 2021.     

 KENAPA YANG

INI TIDAK

DIANGGAP

KARUT

AMIN 




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, kalau meletus perang dunia ke-3, atau perang nuklear, tempat permulaan sudah tak relevan lagi. Sekali tekan semuanya akan musnah. Tak ada masa nak hantar bala tentera lagi. Semuanya sudah mati. Hancur berkecai. Itulah hakikatnya sejak tahun 50an lagi. Russia, China, Amerika, India, Pakistan memilki senjata seperti itu.