BERI KEADILAN
WALAU PUN
KEPADA PENCURI
AMIN
BILA KES SELESAI
MASIH DEGIL
MAKA BOLEH
DI BELASAH
AMIN
Najib, anak ke
Mahkamah Persekutuan
dalam usaha akhir
batal saman LHDN
Bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu berhubung tuntutan saman cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah hampir RM1.7 bilion.
Pada 9 September lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka yang memohon pembatalan dua keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan LHDN membuat penghakiman ringkas bagi mendapatkan tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion dari Najib dan RM37.6 juta dari Nazifuddin.
Penghakiman ringkas adalah satu cara pemutusan kes secara ringkas tanpa memanggil saksi untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan.
Pasukan undang-undang yang mewakili Najib dan Nazifuddin mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu ke mahkamah tertinggi dalam negara itu melalui sistem e-filing secara dalam talian malam tadi.
Dalam kes Najib, hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Bache membenarkan permohonan saman LHDN untuk mendapatkan tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Bagaimanapun usaha Najib untuk penangguhan pelaksanaan keputusan itu gagal di Mahkamah Tinggi pada 14 Jun lalu.
Dalam kes Nazifuddin, hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim pada 6 Julai tahun lalu memerintahkan beliau membayar RM37.6 juta tunggakan cukai kepada LHDN setelah membenarkan permohonan penghakiman ringkas tuntutan tunggakan antara 2011 hingga 2017.
1 ulasan:
Rakyat boleh tengok wayang drama sketsa mereka saja,nak turun jalan sapa ada ? Kah kah kah pi lah cari kerja mana mana dan cari makan dari layan orang politik, nak kata orang pilihanraya ini malas dah keluar mengundi, undi rakyat dah meluat, ini lah trend sekarang kah kah
Catat Ulasan