KU LI
IALAH PM
YANG DINAFIKAN
UNTUK RAKYAT
MALAYSIA
AMIN
Rakyat sudah tidak percaya Dewan Rakyat, kata Ku Li
AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata rakyat sudah tidak lagi percaya institusi Dewan Rakyat kerana ia dicemari dengan politik korupsi.
Jelas beliau rakyat kini melihat ia sebagai sebuah institusi yang dipengaruhi dan dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan lagi tempat membela nasib rakyat.
“Mereka juga merasakan ia adalah cara untuk memperkayakan beberapa orang sahaja, sementara orang ramai keciciran. Orang ramai percaya bahawa Dewan Rakyat kini dilanda kekotoran korupsi politik,” katanya ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata korupsi politik ini datang dari pelbagai bentuk sama ada jelas atau tidak kelihatan dan ia bukan mudah untuk ditafsirkan.
Justeru itu katanya usaha perlu dilakukan bagi mencari jalan untuk menghapuskan ‘ulat-ulat’ yang mengerumuni Dewan Rakyat kerana ia akan membantu membina semula negara dengan amalan baik sekaligus menyumbang kepada kestabilan politik dan ekonomi.
“Sekiranya politik ini terjebak dalam jaringan korupsi, segala kenyataan mulut-mulut di Dewan Rakyat tiada gunanya kepada rakyat.
“Aktiviti politik kita dengan parti-partinya hendaklah bergerak dengan betul kerana inilah asas kewujudan negara kita,” katanya.
Pada 10 September lepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen sebagai usaha reformasi insitusi tersebut.
Malaysia menyaksikan pertukaran kerajaan serta perdana menteri sebanyak tiga kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – 21 September, 2021.
2 ulasan:
Ku Li memang ada syarat yang TT senarai. Tapi tahu tak kenapa Ku Li masih belum jadi PM? Sebab KuLi tak ada 'killer instinct' yang atok dan abah ada. KuLi hanya pandai berpidato, bagi hujah panjang memanjang. Sebenarnya, hujah KuLi ada isi, mampu dilaksanakan. Tapi KuLi tak berani tampil kedepan pada masa genting. Dia kecut!
Bagaimana pulak dengan Pak Nwar? Kenapa dia belum jadi PM? Dia juga pandai berpidato, pandai berhujah. Tapi hujah Pak Nwar tak ada isi, hanya bising saja. Oh, Pak Nwar berani tampil kedepan ... ini benar! Tapi Pak Nwar tak guna otak, takde stratiji, tak tahu laksana stratiji. Pak Nwar ada telur tapi dia bodoh!
Ku Li cakap je lebih, nak berbini pun tak mampu..
Catat Ulasan