Peniaga sup kuetiau terima kompaun RM10,000
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menjamu selera di sebuah restoran sup kuetiau di Johor Bahru tanpa menerima vaksinasi yang lengkap didenda RM2,000.
China Press melaporkan, pemilik kedai pada masa yang sama juga menerima kesannya dan menerima kompaun RM10,000.
Pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah melakukan pemeriksaan di pusat bandar Johor Baru pada sekitar pukul 1 petang, Jumaat lalu.
Dalam pemeriksaan itu, lelaki tersebut hanya menerima satu dos vaksin, yakni tidak lengkap, selain tidak melakukan pengimbasan MySejahtera semasa berasa di kedai makan.
Pemeriksaan juga mendapati pengusaha kedai melakukan beberapa kesilapan prosedur operasi standard (SOP) termasuk tidak menandakan pintu keluar dan masuk serta tidak meletakkan notis hanya membenarkan orang yang lengkap menerima vaksin untuk menjamu selera dalam premis.
Walaupun pengusaha tampil dengan alasan, tetapi polis berpendapat dia tidak mungkin tidak sedar tentang SOP kerana peraturan itu telah dilaksanakan hampir dua tahun.
“Pengusaha sup kuetiau akhirnya menerima kompaun RM10,000 manakala lelaki yang menjamu selera didenda RM2,000,” kata pegawai penyiasat kes itu.
Pegawai itu bagaimanapun berkata, kedua-dua individu boleh merayu untuk mengurangkan kadar kompaun dengan pihak berkenaan memandangkan ini merupakan kali pertama mereka melakukan kesalahan berkenaan.
Difahamkan, selain ‘melawat’ kedai-kedai komersial, pihak polis juga melakukan pemeriksaan di tempat rekreasi hutan dan juga destinasi tumpuan pelancong. –
1 ulasan:
Anjing pun menyalak pada orang yang takut lari, yang berani melawan anjing blah, begitu lah penguatkuasaan negara ini, hanya tunjuk berani kepada manusia lemah, yang pakai vellfire aplhard Mercedes tak berani tahan Pon, takut kena hambat dek bull dog, kah kah boleh lah tunjuk kuasa pada orang miskin, yang kaya kuasa jatuh hukum pun masih cium kaki tangan, budaya apa ini? Penjenayah jadi kawan perompak diangkat rakan kah kah kah pakai kopiah terus settle, hebat Malaysiaku, kah kah
Catat Ulasan