43 negara gesa China hormati hak Uyghur
SEBANYAK 43 negara pada Khamis menggesa China di PBB untuk memastikan penghormatan penuh terhadap peraturan undang-undang komuniti Islam Uyghur di Xinjiang, di mana penghormatan terhadap hak asasi manusia masih membimbangkan.
“Kami meminta China membenarkan akses pemerhati bebas ke Xinjiang dengan segera, termasuk Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia dan pejabatnya,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama, yang dibaca oleh Perancis di PBB.
“Kami sangat bimbang dengan situasi di Wilayah Otonomi Xinjiang Uyghur,” kata kenyataan itu, memetik laporan boleh dipercayai yang menunjukkan wujudnya jaringan besar kem pendidikan semula politik dengan lebih sejuta orang ditahan sewenang-wenangnya.
Deklarasi yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat, negara Eropah, Asia dan lain-lain membicarakan penyeksaan, perlakuan kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah, pensterilan paksa, kekerasan berdasarkan seksual dan jantina dan pemisahan kanak-kanak secara paksa, yang menurutnya terus berlarutan terhadap Uighur dan anggota minoriti lain.
Duta Besar China untuk PBB, Zhang Jun mengecam apa yang disebutnya sebagai pembohongan dan komplot terhadap China. Beliau segera menolak “tuduhan tidak berasas itu.”
“Xinjiang menikmati pembangunan dan rakyat bebas setiap hari dan bangga dengan kemajuan yang dicapai,” katanya, yang disokong oleh Cuba dan mengkritik campur tangan dalam urusan dalaman China.
Pada 2019 dan 2020, deklarasi serupa diumumkan dengan cara yang sama oleh Britain dan Jerman.
Selepas mengumpul 23 penyokong dua tahun lalu, deklarasi itu mendapat sokongan 39 negara tahun lalu. Tahun ini ia disertai oleh Turki, Eswatini, Portugal dan Republik Czech, menurut diplomat.
Sebaliknya, Haiti tidak menyokong deklarasi itu selepas hubungannya dengan China terjejas dengan isu Port-au-Prince yang mengiktiraf Taiwan.
Switzerland juga menggugurkan tandatangannya daripada kenyataan itu kerana, sumber diplomatik mengatakan, baru-baru ini ia menjadi tuan rumah pertemuan peringkat tertinggi antara AS dan China dan memutuskan mengutamakan peranannya sebagai fasilitator antara kedua-dua kuasa ini berbanding menandatangani deklarasi tahunan yang meminta penghormatan kepada hak manusia di Xinjiang.
Menurut diplomat, China setiap tahun meningkatkan tekanan untuk memastilah anggota PBB tidak menandatangani deklarasi tersebut, mengancam tidak memperbaharui misi damai di negara tertentu atau melarang yang lain mewujudkan kedutaan baharu di China. – AFP, 22 Oktober, 2021.
1 ulasan:
Kalau dikepalai oleh penyangak Yankee Dodo dan baruanya Australia, India, UK tak boleh dipercayai la...!
Memang perangai penyangak yang telah melintang pukangkan negara-negara yang dia masuk campur seperti Iraq, Syria, Afganistan, Vietnam, Libya, Somalia, Yemen, Palestine, Bosnia, Ukraine, Cuba, Venezuela, Chile, Colombia dll. Sekarang merancang nak kacau Iran.
Catat Ulasan