Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15 – Puad
KUALA LUMPUR – Total war antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pasti berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Mohd Puad Zakarshi.
Ini kerana, keberadaan Bersatu hasil daripada 15 Ahli Parlimen UMNO yang lompat parti.
Lantaran itu, UMNO dan Bersatu tidak akan mengalah dalam pemilikan 15 kerusi tersebut.
”Sebab itu penentuannya di PRU-15. Total war pasti berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa selagi UMNO ada, Bersatu sukar hidup.
Lagipun, katanya, parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu tidak akan lupa kehilangan tampuk kepimpinan di Johor dan Perak kerana UMNO.
Apatah lagi Muhyiddin tersingkir sebagai perdana menteri kerana UMNO.
Bahkan, katanya, Muhyiddin pasti menyesal kerana gagal memadamkan UMNO masa beliau menjadi perdana menteri. –
2 ulasan:
Selagi abam beratip pakatan ditimpa sial
TT perang bersatu / umno tidak akan bawa rahmat kepada pakatan. Pakatan akan terus mengalami bencana kerana masih hanya mempunyai satu saja matlamat iaitu menabal Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Kalau Pakatan nak terima rahmat, (1) lupakan Anwar Ibrahim, (2) tumpu usaha berkhidmat kepada negara dan rakyat.
Catat Ulasan