PKR mengumumkan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ginie Lim yang mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) digugurkan daripada senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan.
Lim yang pernah menjadi sekutu bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali merupakan calon bagi kerusi itu sebanyak tiga kali bermula PRU12 namun hanya memenanginya pada PRU14 dalam pertandingan tiga penjuru.
Pada Jun 2020, PKR memberikan amaran kepada Lim kerana rapat dengan Azmin yang keluar parti itu dan terlibat dalam Langkah Sheraton sekali gus menumbangkan kerajaan PH di Putrajaya.
Selain Lim, Naib Presiden PKR Tian Chua, Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang Carolyn Khe juga turut diberikan amaran yang sama.
Lim akan diganti dengan Law Bing Haw sebagai calon baru yang merupakan naib ketua Cabang PKR Kota Melaka.
Pada sidang media hari ini, Anwar turut mengumumkan calon bagi PRN Melaka yang turut memasukkan dua Adun yang digelar 'katak' kerana menarik sokongan terhadap ketua menteri sehingga mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri.
Mereka adalah bekas Adun Umno iaitu Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.
PH akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam PRN Melaka kali ini.
1 ulasan:
Woi TT,katak ade dua darjat.Mane2 katak yg melompat ke dalam kolam PH,katak ini berperinsip.Katak2 yg melompat ke kolam Sheraton,ini katak haramjadah.Khalid Samad dah beri fucktowa.Sebenarnya Khalid yg haramjadah,bodoh mcm tahi lembu.Ikut cakap Bosku kaki sondol belakang..
Catat Ulasan