Selasa, 30 November 2021

POLITIK BIJAK - ANWAR DIUNDUR

 




Apa makna Anwar bukan calon PM Pakatan?

BUKAN baru kali ini muncul pandangan bahawa Anwar Ibrahim tidak seharusnya jadi satu-satunya calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH), kata pemerhati politik.

Pandangan itu muncul beberapa kali selepas pengerusi PH gagal mengotakan kata-katanya, termasuk membentuk sebuah kerajaan baharu, yang terakhir pada hujung tahun lalu.

Presiden PKR juga dianggap tidak mampu menyelesaikan pertelagahan serta masalah dalaman partinya sendiri dan PH.

Penganalisis berkata demikian sebagai respons terhadap cadangan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke baru-baru ini yang menyeru PH cari calon lain selain Anwar.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar mendedahkan ada beberapa pemimpin PH mendapati Anwar seorang yang susah membuat keputusan, tambahan apabila dibandingkan dengan bekas pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

“Kata mereka, setiap mesyuarat Dr Mahathir akan ditamatkan dengan kesimpulan atau keputusan. Sebaliknya (dalam mesyuarat dengan) Anwar akan tangguh atau tidak buat sebarang keputusan.”

“Ini mungkin sebabnya sesetengah pemimpin mahukan nama lain untuk calon perdana menteri. Mereka kata, dengan Dr Mahathir, walaupun ada isu kontroversi, beliau akan pastikan ada keputusan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
.
“Lihatlah bagaimana PH tangani isu logo. Mereka ambil masa yang sangat lama untuk capai persefahaman,” kata Hisomuddin, merujuk kepada pengumuman Anwar pada 29 Oktober selepas berminggu-minggu berbincang untuk guna logo PH pada pilihan raya umum ke-15. Partinya PKR dikatakan menjadi batu penghalang.

Tambah Hisomuddin, ada yang melihat Anwar tidak mampu menyusun atur PH, terutamanya kini di Sarawak yang wujud salah faham rundingan kerusi menjelang pilihan raya negeri Disember ini.

Anwar dikecam selepas PH kalah dalam pilihan raya Melaka pada 20 November. Semua 11 kerusi ditandingi partinya PKR kalah.

Beliau juga berdepan kritikan kerana membenarkan dua Adun Melaka, yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri, bertanding atas tiket PH. Kedua-dua Adun itu kalah.

Anwar pernah berkata kedua-dua Adun itu diterima kerana ia idea pemimpin PH Melaka, malah beliau serta pemimpin lain berat namun bersetuju diakhirnya.

Selepas pilihan raya Melaka, Loke melayangkan idea supaya PH tidak lagi terus menamakan Anwar sebagai satu-satunya calon perdana menteri gabungan itu, mengesahkan perkara sama kepada The Malaysian Insight.

Sebelum cadangan Loke, Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen turut meminta PH mencari calon perdana menteri baharu bagi menggantikan Anwar yang berusia 74 tahun.

Bagaimanapun ini bukan sekadar untuk pilihan raya Melaka, kata Hisommudin.

Sebelum itu, Anwar telah beberapa kali berkata pada masa yang berbeza yang beliau ada bilangan ahli parlimen yang cukup untuk tukar kerajaan. Beliau pertama kali berkata kerajaan akan bertukar pada 16 September 2008, dan kemudian menjanjikan perkara sama beberapa kali tahun lepas bagi menggantikan perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.

“Beliau tidak sampaikan. Ramai yang bosan dengan kata-katanya. Tiada apa yang jadi kenyataan,” kata Hisommudin.

Siapa lagi kalau bukan Anwar?

Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersetuju dengan Hisommudin mengenai kelemahan Anwar namun berkata tidak akan membantu jika PH ada calon perdana menteri yang banyak.

“Ada banyak calon PM bukan penyelesaian. Anda tidak boleh ada lebih daripada satu sebab ia akan tunjukkan yang anda lemah.

“Walaupun orang mungkin hilang minat dengan Anwar, tetapi saya tidak nampak ada calon lain.

“Mungkin beliau boleh kekal sebagai ketua PH tetapi mereka juga boleh namakan orang lain sebagai PM. Macam Umno, Ahmad Zahid Hamidi presiden tetapi perdana menteri ialah Ismail Sabri Yaakob,” katanya lagi.

Ganti juga pemimpin tua dalam Pakatan

Dr Mazlan Ali dari UTM berkata, Loke juga sepatutnya minta orang kanan dalam DAP berundur jika mahu Anwar buat perkara sama.

“Beliau perlu konsisten kerana jika beliau kata Anwar mesti diganti, nampak macam beliau serangnya (Anwar).”

“Gantikan (Lim) Kit Siang dan (Lim) Guan Eng juga (dalam DAP). (Presiden Amanah) Mat (Mohamad) Sabu patut berundur. Bukan Anwar sahaja.”

Ini selaras dengan satu lagi pandangan pengundi dan terutamanya di kawasan bandar yang berkata Malaysia perlukan pemimpin muda selepas berdekad-dekad orang yang sama dalam politik.

Mengenai calon perdana menteri lain dalam PH, Mazlan berkata sebenarnya gabungan itu ada individu yang berkebolehan.

“Adly (Zahari) dari Amanah calon yang bagus. Saifuddin Nasution atau Nurul Izzah Anwar dari PKR itu dua contoh yang baik manakala Loke sendiri juga bagus.”

“Kenapa mereka ini tidak ambil alih,” kata Mazlan.

Mazlan juga mengingatkan agar tidak terlalu mementingkan gesaan supaya Anwar diganti, terutamanya jika ia datang daripada pengguna media sosial.

“Mereka ini cuma mahu benda baharu macam telefon baharu, pakaian baharu, dan sebagainya. Mereka berpendapat hanya kepimpinan baharu boleh dinamik,” katanya.


Pada pilihan raya Melaka, PH meletakkan calon di semua 28 kerusi tetapi hanya menang lima. PKR kalah semua 11 kerusi yang ditandinginya, DAP menang empat, manakala Amanah menang satu.

Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 21 kerusi (75%) manakala Perikatan Nasional menang dua kerusi. – 30 November, 2021.

 

INI POLITIK

SEHAT

AMIN

MAKIN RAMAI

MAKIN BERANI

MAHU ANWAR

BERUNDUR

AMIN

JELAS MAKIN

RAMAI BERJAYA

MELIHAT ANWAR

IBRAHIM YANG 

MEMBAWA RUNTUH

KERAJAAN PAKATAN

AMIN

CAKAP PUTAR

DULAK DALIK

AMIN

JANJI SANA SINI

KENCING SANA SINI

TIPU SANA SINI

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lepas langkah kajang terburai....sekarang dia nak buat langkah JB pulak....tuh dia kata lagi meneliti kerusi yang sesuai....tapi kan rakyat bodoh lagi bangang bagi dia PD yang dia mula dengan Masterplan PD kemudian sepi tuh jadi bingit sebab tak ada benda alah keluar dari gebang masterplan tuh....kecoh anak muda Yusof Rawther adalah...

Dia tahu dia lagi panas kena depan belakang lepas kena telor tembelang kat Melaka...baru lah dia sedar yang hentam orang depan belakang nih cam tuh ler rasa....

Tapi kan rakyat bodoh lagi bingai masih mencukupi quota ratio bebal terbukti dengan popular nya bosskau, Jahid Jerman dan Mat PD sengal...I got the numbers...dia dapat numbers kat Melaka tapi tak boleh dia nak bilang....

Yeop sepet berkata...

Kahkahkah Nurul izzah jadik calon PM? Andai kata,pru15 pejuang warisan tubuh coalition baru,calon PM shapie apdal,vs calon PH Nurul izzah,atau Cina dap,atau sape2 saje dlm PH tu,tak payah agak Kita dah tau sape lebih dpt sokong org melayu. Tggalkan je PH nie.