Anwar sedia lepas jawatan Presiden PKR
BERTAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sedia memberi laluan kepada golong muda untuk menerajui parti berkenaan sekiranya konsensus berhubung perkara itu dicapai.
Jelas beliau, pencapaian itu akan ditentukan menerusi pemilihan parti akan datang dan pihaknya akan menerimanya secara terbuka sekiranya tokoh baharu dipilih.
“Buat masa ini, kita belum putuskan bila pemilihan parti akan diadakan dan kita bagi ruang kalau konsensus mahu terima yang baharu.
“Kita harus terbuka, jangan terlalu mengongkong kebangkitan tokoh-tokoh baru.
“Selain itu, kita akan tengok tokoh ditonjolkan macam mana, konsensus kepimpinan dan move on,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang di Penang Golf Resort di sini, hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik. –
3 ulasan:
Ni dah sedar diri atau nak test market
Dia sudah hilang kelayakan, sudah hilang karisma, sebab satu saja KoTE tak mahu dengar cakap kah kah kah, kalau kote dengar cakap semua ini tak berlaku, masa 1998 dah jadi PM, sebab mulut badan binasa, sebab kote karier politik binasa, Amin kah kah kah
Isham jangan mimpi! Kalau Anwar lepas jawatan PKR, matahari terbit di barat. Kalau DAP tolak Anwar, khinzir boleh terbang! Jangan mimpi, Isham!
Catat Ulasan