Hukum gantung pesalah rasuah
Cendekiawan negara, Profesor Emeritus Dr Mohd Kamal Hassan yang juga Profesor Ulung mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah rasuah di negara ini.
Jelas beliau, negara China dan Indonesia pernah mempunyai rekod paling teruk melibatkan fenomena korupsi, namun segalanya berubah apabila mereka mengambil tindakan tegas.
"Pemerintah komunis di China berusaha menangani korupsi kerana ia menimbulkan satu masalah besar kepada negara republik itu. Maka mereka memutuskan untuk mengenakan tindakan hukuman gantung kepada perasuah.
"Saya merasakan belum ada lagi di negara Islam mengenakan hukuman gantung kepada mereka yang didapati bersalah kerana perbuatan korupsi atau rasuah. Cuba kita buat seperti yang dilaksanakan oleh China itu. Barangkali isu korupsi akan terkawal. Insya-ALLAH," katanya.
1 ulasan:
Setuju kalau gantung semua yang terlibat, jangan sebarang gantung ya, gantung sampai mati ya, biar perosak negara masa depan mati dahulu sebelum mematikan orang lain atas dayus tamak haloba mereka, kah kah kah apa ayat nas yang ada setakat ini kah kah kah
Catat Ulasan