Negara lain sibuk bangunkan ekonomi, pemimpin politik Malaysia hari-hari gaduh
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan menegur sikap pemimpin politik di negara ini yang saban hari bertelingkah untuk berebut kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Beliau berkata, sikap yang ditunjukkan sesetengah pemimpin politik hanya bertujuan untuk menjatuhkan antara satu sama lain demi kepentingan diri sendiri.
“Pemimpin politik Malaysia hari-hari bergaduh, berebut kuasa dan bertungkus lumus merancang untuk menjatuhkan sesama sendiri bagi kepentingan diri.
“Negara lain lebih maju kerana pemimpin politik bertungkus-lumus membangunkan ekonomi dan tahap kehidupan rakyat mereka,” katanya dalam hantaran terbaru di Twitter miliknya, hari ini.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tuan Haji Hadi Al-Kawahli kesal dengan sikap segelintir pemimpin UMNO seolah-olah lupa diri walaupun Pas bertungkus-lumus menyelamatkan parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Hadi Al-Kawahli menyifatkan tindakan UMNO sebagai tidak bermoral kerana mereka bersama-sama terlibat dalam gagasan Muafakat Nasional (MN).
Malah Al-Kawhli menyifatkan Pas bukan mahu mengajar itik berenang, sebaliknya parti Islam itu cuma mahu menyelamatkan itik yang patah kaki dalam PRU14.
Abdul Hadi sebaliknya menuduh UMNO meninggalkan Pas selepas parti Melayu itu kembali pulih daripada krisis kepercayaan rakyat. –
2 ulasan:
Negara Kapir Laknat babi mereka dah pandai terbang ..Al-Kawahlee baru nak ngajar itek berenang ..
Pas umpama selipar Jepun saja, ke mana pakai selipar Jepun ? Mesti lah ke tandas untuk berak, lepas berak selipar kena tinggal, tak nak pakai ke pejabat atau shopping malu lah woit, baru sedar parti standard selipar kah ? Kah kah selepas zaman Tuan Guru Nik, pas ini dah hancur asyik mata duitan kah kah kah dulu dulu Mahathir pun respek dekat Tok Guru tahu tak ????
Catat Ulasan