AH SOO
CHEE HOI LAN
CONTOH
CHINA MALAYSIA
KHALAS
Ada ramai lagi Rohana
SAYA mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikan berkenaan isu gadis bernama Rohana Abdullah yang dibesarkan oleh Chee Hoi Lan, orang Cina yang masih mendidik Rohana dengan ilmu agama yang baik.
Kehidupan Rohana amat tertekan akibat menjadi tiada kerakyatan di negara sendiri kerana beliau bukan sahaja tidak mempunyai kad pengenalan, malah tidak boleh mempunyai kad bank serta belajar di negara sendiri.
Namun begitu, sebagai perdana menteri beliau harus sedar isu ini bukan sahaja berkenaan Rohana semata-mata tetapi ia meliputi lebih ramai lagi anak-anak tanpa dokumen terutamanya isu terpencil di negeri Sabah dan Sarawak.
Pelbagai sebab mengapa anak-anak ini tidak mempunyai dokumen, antaranya jika seseorang anak itu lahir di negara luar dan mengikut ibunya maka anak itu secara automatik gagal mendapat kewarganegaraan.
Ada juga kes anak yang ditinggalkan atau dibuang oleh ibu bapa mereka sendiri.
Siapa yang patut kita salahkan dalam isu ini? Seorang anak yang tidak pernah diminta lahir dalam keadaan seperti itu terpaksa menanggung akibat daripada tindakan orang tua mereka.
Perkara ini juga jelas menunjukkan kepincangan sistem negara kita dalam isu kewarganegaraan seseorang.
Jika benar perdana menteri serta menteri Kabinet hari ini prihatin tentang isu Rohana mereka perlu menyelesaikan masalah permohonan anak-anak yang tiada dokumen ini akibat sistem dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu sendiri.
Saya juga minta isu ini dibawa dalam sidang Parlimen akan datang bagi menyelesaikan masalah yang dihantui oleh rakyat yang kita yang dilihat seolah-olah “menumpang” di negara sendiri.
Sistem yang ada dilihat lebih menindas dan tidak membantu sesetengah individu untuk mendapat kewarganegaraan walaupun mereka lahir di negara ini.
Kita perlu menyelesaikan masalah ini supaya lebih ramai “Rohana” dapat diselamatkan. Janganlah apabila tular tentang sesuatu barulah kita sibuk menjuarai isu itu sedangkan ia dapat dielakkan melalui penggubalan polisi yang lebih baik.
Saya berharap semua ahli Parlimen baik daripada pihak kerajaan dan pembangkang dapat memberi komitmen tentang isu anak-anak tanpa dokumen ini diselesaikan dengan kadar yang segera. – 21 Januari, 2022.
* P Prabakaran,
ketua Pemuda PKR Wilayah Persekutuan.
3 ulasan:
zaman bn nak buat pru...
mudah je indon bsngLa desK dapat ic undi hantu
gua setuju.. elok dia jaga.. agama pun dia jaga.. cuma gua konpius.. ni kira nak panggil awek atau amoi ?.. kah kah kah
Isham, kalau anak watan nak belajar, tak ada apa yang akan halang.
Pokoknya, pembelajaran anak-anak bergantung kepada ketegasan ibubapa, ketua masyarakat dan agama mendidik dan melengkapkan generasi muda sendiri menghadapi masa depan. Kalau hanya mementingkan pelajaran agama dan mengabai pelajaran matematik, sains; tutup minda kepada dunia luar, kefahaman kebudayaan dan agama orang lain, patut berani terima hasil keputusan sendiri. Orang putih kata "you reap what you sow". Ilmu tak ada batasan, pemikiran pula dibatas orang sendiri.
Tak usah salahkan China merah ke, China Malasia ke, kaum lain, orang lain. Tak usah semai kebencian terhadap kaum lain untuk menyamar ketakutan sendiri.
Catat Ulasan