Kerajaan retak menanti belah
KENYATAAN Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat yang menyelar Presiden PAS Abdul Hadi Awang sekali gus membuktikan kerajaan hari ini ibarat retak menanti belah.
Jika dilihat ketika PRN Melaka baru-baru ini juga BN dilihat bertanding secara solo meninggalkan blok kerajaan PN, iaitu Bersatu dan PAS.
Menurut Mohamad, Umno mempunyai 42 kerusi terbesar dalam Parlimen malah PRN Johor dilakukan kerana kerajaan negeri Johor hari ini tidak mendapat mandat rakyat yang sebenar.
Adakah Tok Mat mengesahkan pengkhianatan yang berlaku pada kerajaan PH mengakibatkan suasana politik semasa kucar-kacir?
Adakah Tok Mat juga cuba memberitahu Perdana Menteri hari ini tidak mendapat mandat yang sah kerana bukan dipilih oleh rakyat?
Kenyataan ahli DUN Rantau ini juga seolah-olah memberi isyarat bahawa PRU15 akan diadakan bila-bila masa untuk memuaskan nafsu serakah orang politik Umno yang inginkan kuasa mutlak pada diri mereka.
Saya fikir Tok Mat lupa landskap politik hari ini berbeza berbanding dahulu.
Mungkin idea mereka menginginkan PRN secepat mungkin bagi menawan beberapa negeri sebelum PRU tetapi rakyat juga tidak akan lupa pengkhianatan yang dilakukan oleh PAS bersama Umno /BN.
Ketidaktentuan politik Malaysia hari ini disebabkan ahli-ahli politik yang rakus memikirkan kuasa tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan rakyat.
Hanya dengan menghumban ahli politik seperti ini keluar, negara akan lebih aman dan selamat. – 2 Februari, 2022.
* Fahmi Zainol,
Ketua AMK Pulau Pinang.
3 ulasan:
saekor mangkok yang tak reti bawak-bawak bersabar dalam apa kerja pun,
untuk diri sendiri apatah lagi untuk parti dan negara amnya.
habis semua terbarai kerajaan yang terbentuk daripada mandat rakyat. dalam 22bulan memerintah masih sempat heret semua ekor ahli keluarga cekai ke mahkamah termasuk si jawa zahid bagan datoh itu.
malaon penyamun lain seperti shahir samad ahmad maselan si azeeeeeeez lembaga, si nazri yang anak tak bertuah beliau ada kes bunuh, si zetti and the geng yang diam tak berbunyi apa pasal berjuta ringgit masuk ke akaun suami dia dll
jika kerajaan rakyat masih memerintah semua malaon di atas akan terpaksa diheret ke mahkamah tanpa selipar. jika rafizi kamu boleh layan dia seperti itu tentu BAPAK segala PENCURI kamu boleh layan dengan lebih teruk.
ameen.
Tukar tiub dok sanjung tun.. Teruskan lah selagi terdaya
tepat lagi betul.. atok dah tua sangat.. dia pun dah kasi tau banyak kali ... bebal sungguh puak ni
Catat Ulasan