Khamis, 10 Februari 2022

MANGSA OMICRON 17,000 - NAK BUKA SEMPADAN ?

 


Jangan tergesa-gesa buka sempadan, Putrajaya diberitahu


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menggesa kerajaan mengelak daripada membuat keputusan untuk membuka semula sempadan Malaysia tanpa keperluan kuarantin wajib untuk pengembara.

Beliau berkata, sempadan harus dibuka hanya selepas gelombang Omicron berjaya dikawal.

Lee juga berkata kerajaan perlu memantau kadar kemasukan ke hospital dan kes kematian Covid-19 sehingga bulan depan sebelum membuat keputusan.

Mengulas cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin yang mencadangkan sempadan dibuka seawal 1 Mac, beliau berkata bekas Perdana Menteri itu perlu menjelaskan asas kepada cadangan itu.

Katanya, kerajaan perlu bersikap lebih proaktif dalam mempromosikan dos penggalak Covid-19 untuk dewasa dan vaksinasi untuk kanak-kanak.

Selasa lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang dipetik sebagai berkata, gelombang Omicron dijangka memuncak pada akhir Mac. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran bahawa kes harian Covid-19 dijangka mencecah 22,000 pada masa itu.

Jumlah kes meningkat tiga kali ganda sejak awal bulan ini daripada 5,566 pada 1 Feb kepada 17,134 semalam.

Bagaimanapun, pakar epidemiologi Dr Sanjay Rampal dari Universiti Malaya (UM) bersetuju dengan Muhyiddin, berkata pembukaan semula sempadan Malaysia adalah caranya untuk hidup bersama virus.

“Jangkitan varian Omicron telah pun berada dalam komuniti. Oleh itu, sebarang kuarantin ke atas pelawat yang datang tidak memberi faedah tambahan sekarang,” katanya kepada FMT.

“Kawalan sempadan yang ketat dan langkah kuarantin adalah berguna untuk menghalang kemasukan varian baharu yang berbahaya. Bagaimanapun, ia tidak sesuai dan tidak kos efektif pada masa ini.”

Sanjay berkata risiko kesan teruk daripada varian Omicron dalam populasi yang divaksinasi adalah jauh lebih rendah berbanding dengan varian Delta dalam populasi yang tidak divaksinasi sebelum ini.

“Kita perlu mengukur semula persepsi dan tafsiran kita terhadap jumlah kes harian baharu. Sebagai contoh, 40,000 kes harian kini boleh bersamaan dengan 10,000 kes harian tahun lalu,” katanya.


 EKONOMI ADA

RAKYAT SAKIT

TAKDA MAKNA

AMIN

EKONOMI ADA

RAKYAT MATI

UNTUK APA

EKONOMI ?

AMIN

EKONOMI BUKA

TAPI KEMPEN

DIKAWAL ATAS

NAMA KOBID

INI MENIPU

AMIN

EKONOMI DIBUKA

BOLEH CERAMAH

INI BARU ADA

MAKNA

AMIN

KALAU TIDAK

NAMANYA 

MENIPU GUNA

NAMA KOBID

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ringkasan cerita ini adalah:
Sebuah syarikat pekerja asing yg sangat femes dan member baik dengan Gerombolan Kleptokrat satu ketika dahulu, yang hampir terkubur ketika Tun Mahathir jadi PM kini kembali bernafsu shahwat setelah geng Gerombolan kembali memerintah telah mulakan aktivitinya sekali lagi.
Ada cerita mengatakan saekor menteri keeeling telah dibawa berjalan dan berholiday oleh tokeh bangla syarikat tersebut.

Malah dikatakan juga bahawa syarikat tersebut juga kini telah menemui beberapa kementerian untuk memberikan mereka hak mutlak untuk menjalankan aktiviti kuarantin bagi semua pekerja asing yg masuk ke negara nanti. Untuk makluman TT, kos kuarantin ini akan ditanggung oleh majikan Malaysia.

Maka itu pasal la KERAjaan yang ada sudah stim utk membuka semula sempadan tanpa mengambil-kira situasi semasa dan alasan yang diberikan selalunya berteraskan "EKONOMI"... Cuma persoalannya... Ekonomi Siapa?

Tanpa Nama berkata...

Angka angka boleh adjust TT, bila bagi naik, bila bagi turun, semua bisa atur, tak payah gusar gundah gulana, Malaysia terbaik dalam silap mata magic show, sekejap ada sekejap hilang so jangan kacau kacau, buka apa yang patut,kah kah kah banyak geng pelacur lagi meriah kah kah