Ahad, 6 Februari 2022

PRN JOHOR

 


Kes Covid-19 15,000 sehari tak lama lagi, kata Khairy

GELOMBANG varian Omicron waktu ini akan menyebabkan jumlah jangkitan Covid-19 mencecah 15,000 sehari tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau mengumumkan demikian dengan gesaan agar golongan rentan segera mendapatkan dos vaksin penggalak.

“(Malaysia) masuk gelombang Omicron sepenuhnya. Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi.

“Masih ada 1 juta warga emas tiada dos penggalak.

“Tolong maklum kepada orang tua kesayangan anda untuk dapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya di Twitter.

Beliau turut menyiarkan semula rajah oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang menunjukkan jumlah jangkitan akan meningkat ke angka 30,000 seawal 27 Februari.

Jumlah itu dapat meningkat ke paras tersebut dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.6, katanya.

Unjuran dengan angka Rt 1.2 pula akan memberi jumlah 10,000 kes sehari pada 27 Februari, katanya.

“Namun dengan liputan vaksin yang luas dan dos penggalak dapat mengurangkan keparahan kes,” katanya lagi di Twitter.

Beliau mengumumkan kadar itu meningkat dari 1.15 kepada 1.20 hari ini dengan 10,089 jangkitan baharu Covid-19.

Ia menunjukkan penularan semula Covid-19 dengan pantas dengan kadar Rt paling tinggi di Sabah – 1.41.

Seramai lebih 22.9 juta individu dewasa sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2% atau 23.22 juta orang dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kanak-kanak bawah 12 hingga 17 tahun, hampir 2.8 juta atau 88.7% sudah melengkapkan vaksinasi manakala hampir 2.87 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 6 Februari, 2022.

AWAS 

BAHAYA

AMIN

INI AMARAN

INI RAMALAN

DARI KJ

AMIN

BILA NAK

BERKEMPEN

LAGI RAMAI

MAT KOBID

MENYERAANG

AMIN

GUA NAK BUAT

RAMALAN JUGA

BULAN PUASA

DAN DEKAT

NAK  HARI RAYA

MAT KOBID

AKAN KURANG

KERANA LETIH

PUASA

KAH KAH KAH


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia tahu sebelum naik atau naik sebab nak jual vaksin? Mana satu nak percaya? Sekejap naik sebab ramai sudah tidak percaya vaksin dan tak mahu lagi, ubat vaksin akan expired atau kena buang? Entah lah mana satu betul mana satu salah, semua kelam jual ubat, yang pasti syarikat jual ubat untung, jangan silap, virus pun selalu ubah ubah sifat nama serangan macam cyber war pulak kah kah kah, macam macam cerita keluar tapi yang keluar dari mulut monkey ops Munke Kesihatan mungkin terbaik lah, sebab dia Doktor berpengalaman luas, pernah jadi anak menantu Pak Lah, bukan kaki tidur, tingkat 4 pun ada, sekarang siap siap sedia masuk team pemenang kot kah kah kah, nak Raya kena banyak duit baru boleh padam lampu baru boleh mercun baru boleh hulur hulur kah kah kah syukur amin

Tanpa Nama berkata...

Gua caya lu lah bro,syukur, amin