Dua anggota polis ditahan dipercayai terima rasuah RM300
SUNGAI PETANI – Dua anggota polis ditahan kerana dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM300 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang individu yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan tamat tempoh pada 20 Mac lepas.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata, kedua-dua mereka berpangkat koperal dan koperal sokongan berumur 45 dan 38 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM cawangan Sungai Petani pada 6.15 petang semalam.
“Anggota polis itu dikatakan telah meminta sebanyak RM1,500 daripada seorang individu yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh di tepi Jalan Persiaran Amanjaya 2 berdekatan dengan Kolej Vokasional Sungai Petani 1.
“Individu itu dikatakan telah menyerahkan RM300 kepada anggota polis tersebut dan dia diminta untuk membayar baki selebihnya apabila dihubungi oleh anggota polis tersebut,” katanya, di sini, hari ini.
Sementara itu, kedua-dua mereka yang merupakan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Kuala Muda direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Sungai Petani Nadhirah Abdul Rahim.
Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – Bernama
2 ulasan:
Mintak mintak macam mintak sedekah kah ? Kenapa mintak sedekah ? Tak bayar gaji ker atau apa masalah ? Sapa tak bayar gaji? Mungkin gaji sikit sangat kot? Cuba selidik kenapa mengapa, adakah kerana Bossku masih Bossku maka semua anggap mintak mintak ini Norma Baharu ? Apa orang cakap cakap, Bossku pun masih bebas, tarak apa apa, apa salah kalau mintak? Yang Bossku mintak Billion, ini bawah bawah mintak lah ratus ratus, ok tak ??? Kah kah kalau kepala pun tak betul ekor mana boleh jadi betul ? Tapi sebat ekor saja, kepala masih bebas macam biasa biasa....amin
Ini mesti kerja kafir makan babi sondol belakang, orang Kita jarang buat perkara perkara jahiliah ini, mesti kerja Yahudi laknat, kah kah kah kenapa tak keluar gambar keluar nama? Rakyat nak tahu siapa yang ambil rasuah, sapa beri rasuah ? Letak lah gambar gambar keluarga sekali baru ada perubahan, bagi malu sikit, tapi slogan Apa Malu Bossku masih terpakai Malaysia Boleh kah kah kah
Catat Ulasan