Ahad, 20 Mac 2022

MASANYA TELAH SAMPAI - LAWAN BAGINDA QUEEN

 



Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 2.2 tan daun ketum di Kuala Kedah

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 2.2 tan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM396,000 di perairan muara Kuala Kedah di sini hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, sebelum itu pihaknya mendapat maklumat berhubung aktiviti pemunggahan yang mencurigakan di kawasan itu.


“Berikutan itu, sekitar 6 pagi tadi sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Aman di perairan Kuala Kedah diatur gerak bagi mengesan aktiviti ini.

“Setiba di lokasi berkenaan, bot ronda Maritim Malaysia itu berjaya mengesan longgokan plastik hitam yang mencurigakan dalam keadaan berselerak di tepi muara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 220 bungkusan plastik ditemukan yang di dalamnya mengandungi daun hijau disyaki daun ketum dengan anggaran berat keseluruhan 2.2 tan dan dipercayai baharu sahaja diletakkan di lokasi terbabit.

Menurutnya, kesemua daun ketum itu dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui jalan laut.

“Semua hasil rampasan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM396,000 itu, dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – Bernama

MASANYA DAH

SAMPAI UNTUK

MERDEKA KAN

KETUM DARI

BAGINDA QUEEN

AMIN

HUKUMAN 1952

ADALAH  MILIK

PENJAJAH YANG

ANTI PETANI

TANAH  MELAYU

AMIN

BRITISH MAHU

KITA MINUM

HARIMAU DAN

BULL DOG

AMIN

2.2 TAN

INI MAKNANYA

ADA LADANG LUAS

AMIN

ADA PAK TANI

BERGANTUNG

HIDUP DG KETUM

AMIN

KENAPA KITA

BODOH IKUT

BAGINDA QUEEN

AMIN 

JADIKAN KETUM 

INDUSTRI TANI

MACAM

 GETAH & SAWIT 

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketum saperti Guinness Stout is good for you. Guinness Stout adalah arak berasal dari Britain ketum hasil tempatan bukan arak tidak ada bahan kimia. Mungkin Jakim boleh bg sijil halal.