Ahad, 10 April 2022

DUTA DIREHATKAN

 




Dua diplomat kanan dipanggil balik kerana sambutan lawatan PM ke Dubai, kata laporan

DUTA Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu dan seorang pegawai kanan diplomatik dipanggil pulang ke Putrajaya kerana isu pengendalian sambutan lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke negara itu bulan lepas, lapor FMT hari ini.

Menurut laporan, Duta Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral di Dubai Mohd Hasril Abdul Hamid “diarah pulang dan direhatkan” kerana tidak menyediakan sambutan sewajarnya ketika ketibaan Ismail Sabri.

FMT melaporkan Mohd Tarid dan Mohd Hasril adalah pegawai diplomatik kanan yang hadir di lapangan terbang untuk menyambut perdana menteri ketika beliau tiba di Dubai, tanpa kehadiran pegawai kanan tinggi UAE.

Ini adalah bertentangan dengan protokol untuk pegawai kanan negara tuan rumah untuk hadir menyambut ketibaan tetamu kehormat asing yang melawat.

“Tidak ada pegawai kanan kerajaan dari UAE yang menerima ketibaan mereka. Sambutan itu tidak sesuai dengan status seorang perdana menteri,” kata sumber dipetik FMT.

Laporan juga menyatakan tidak diketahui sama ada Ismail Sabri mengetahui tentang arahan memanggil balik diplomat itu.

Mohd Tarid dan Mohd Hasril dilaporkan dipanggil balik Kementerian Luar dan ditugaskan ke kumpulan penjawat awam di Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya.

Laporan turut menyebut yang pegawai kanan Wisma Putra tidak gembira dengan layanan disediakan dua orang diplomat itu.  

Satu lagi sumber juga dilaporkan sebagai berkata yang Mohd Tarid sudah memaklumkan kepada Wisma Putra tentang kekhuatiran kerajaan UAE tentang masa lawatan Ismail Sabri, tetapi makluman itu tidak diendahkan.

Kerajaan UAE ketika itu dalam persediaan menganjurkan Ekspo Dunia Dubai 2021, dengan ratusan tetamu kehormat seluruh dunia tiba setiap hari.

“Wisma Putra atau menteri luar sepatutnya menasihatkan perdana menteri untuk menjadualkan semula lawatan itu. Ini adalah kelemahan besar kerana melibatkan diplomasi dan reputasi kerajaan,” kata sumber dipetik laporan.

The Malaysian Insight sudah menghubungi Wisma Putra untuk ulasan isu ini. – 10 April, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

WOIT

MACAM KENA

KOBID

KAH KAH KAH

DIREHATKAN

SEBELUM 

DITIDURKAN

KAH KAH KAH

INI SUDAH BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita tengok sapa ngo yg boleh tolong penjawat awam yg hadapi masaalah. Ramai tak peduli sbb tak suka ramai penjawat awam yg mewah. Yg sekaya menteri pun ada.

Tanpa Nama berkata...

Kedua ekor ini lupa sediakan nasi lemak, teh o, kompang, bunga manggar bunga kepada Kak Ros, kalau Ros terus kena tampar, ini lah tahap pegawai kerajaan sekarang, sekolah sampai phD tapi entah lah level apa, kah kah kah apa kelayakan jadi Duta? Tak apa tak apa asal orang KITA semua kita maafkan dan lupakan ya kah kah kah, curik Billion pun tak apa, apakan macam ini kan ? Okay okay settle dulu

Jigit berkata...

Sistem pendidikan sekarang melahirkan pegawai2 kerajaan yang kurang berwibawa. Diplomat Malaysia sekarang ramai yang tergigil2 bertutur dalam bahasa Inggeris..cakap German lagi la tak tahu sepatah haram...elok lagi P. Ramlee ckp german dlm film Masam Masam Manis...Itu pun PM menggong mau arahkan pegawai2 kita berurusan dalam bahasa Melayu dlm persidangan di luar negeri....ada akal ka...?
Kalau Duta dan Consol General tu professional dan pandai buat kerja, tentu mereka ada ramai contacts di kalangan pegawai kementerian luar Emirates. Boleh je minta tolong kawan2 tu datang ramai2 sambut PM Malaysia kat Airport....pakai jubah dan hegal...tentu mael bera gembira...tak la kena masuk cold storage.
Bodoh dari ke PM sampai ke pegawai kanan.