Kampung dekat Sandakan dikejutkan dengan hujan batu petang tadi
ENOMENA luar biasa berlaku di sebuah perkampungan atas air, Kampung Tinusa 2 dekat Sandakan apabila penduduk dikejutkan dengan hujan batu kurang setengah jam sebelum waktu berbuka puasa petang tadi.
Kejadian berlaku selama kira-kira 20 minit sekitar 5.50 petang tadi, ditambah pula dengan hujan lebat dan angin kencang, kata Pemaju Mukim Sungai Sibuga Osman Tiakok, yang juga penduduk kampung berkenaan.
“Meskipun kampung ini sering mengalami cuaca hujan lebat dan angin kencang serta air pasang luar biasa berikutan kedudukan kampung yang terdedah kepada laut terbuka, namun hujan ais (batu) itu merupakan pertama kali dialami.
Tetapi Alhamdulillah, keadaan beransur pulih selepas hujan batu itu berserta angin kencang reda. Setakat ini, tiada laporan kerosakan rumah seperti zink atau bumbung terbang,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Osman berkata penduduk kampung yang teruja melihat ketulan ais jatuh atas bumbung dan halaman luar rumah serta mengenai jendela kereta, dengan pantas merakamkan kejadian itu.
Jabatan Meteorologi telah meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 11 malam ini di negeri Sabah. – Bernama, 9 April, 2022.
2 ulasan:
gua dulunkat kampung selalu hujan batu
Yang biaso kono malapotako Alam Sekitar adolah kawasan kampong atau penempatan orang papa kodano sonang cakap B40 ..banyak bona ko doso mereka. Tapi kawasan montori UMNO yg kato nyo moncurik biliyun2 sontiaso tampak macam dilindungi tohan ..tak do boncano ..tampak Tohan sgt sayang pado Para Penyamun ni ..curik bobiliyun pon masih bebas kulu kilir ..apo dah jadi ..kahkahkah
Catat Ulasan