Khamis, 7 April 2022

NAJIB DI FITNAH LAGI

 



Jho Low hadir mesyuarat sulit 1MDB walaupun tiada jawatan – Ismee

KUALA LUMPUR –  Ismee Ismail memberitahu mahkamah yang Low Taek Jho atau Jho Low hadir ke mesyuarat pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam syarikat.

Saksi ke-13 prosiding penyewelengan dana 1MDB membabitkan bekas  Najib,  Ismee Ismail memberitahu, kehadiran Jho Low dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah (BOD) pada 26 September 2009. 

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan siapa yang memanggil ahli perniagaan itu hadir  ke mesyuarat berkenaan.

Ismee yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) ketika itu berkata, Jho Low mungkin telah dijemput oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengarah Eksekutifnya, Casey Tang Keng Chee.

Namun kehadiran Jho Low itu tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak walaupun mesyuarat itu sulit dan hanya dihadiri pengurusan tertinggi 1MDB.

Kata Ismee, bagaimanapun Jho Low tidak bercakap dalam mesyuarat berkenaan yang juga membincangkan cadangan usahasama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).

Jho Low juga didakwa telah meninggalkan mesyuarat itu lebih awal tanpa menunggu ia selesai.

Selain itu, Ismee juga memberitahu, tandatangan Jho Low tidak ada dalam senarai kehadiran mesyuarat.

“Tapi saya tidak tahu jika ada pihak yang diberi kuasa untuk padam namanya (Jho Low),” ujarnya.

Hari ini juga, peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah fokus dalam menyoal balas Ismee yang juga bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB tentang dakwaan bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berhubung usaha sama dengan PSI.

Mohd Bakke pernah mendakwa Najib telah meminta BOD untuk tumpu sahaja kepada usahasama 1MDB dan PSI tanpa banyak menghabiskan masa melihat transaksi syarikat yang lepas-lepas.

Prosiding akan bersambung esok pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika ini sedang berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. 

WOIT

SEMUA FITNAH

SEMUA TOHMAH

AMIN

NAJIB ALIM

NAJIB WARAK

NAJIB HANTUK

KEPALA PADA

BATU  ITAM

AMIN

NAJIB BERI 

SALAM PADA 

KUBUR

KAH KAH KAH

MANA ADA INSAN

SEJUJUR NAJIB

KAH KAH KAH

HINGGAKAN

TOK ARAB BERI

2 BILION DOLAR

SEBAGAI HADIAH

KAH KAH KAH

NAJIB DAH KATA

BERKALI KALI

JO LO TAK TERLIBAT

DALAM 1MDB

AMIN

LAPORAN


Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB, kata Najib

T K Letchumy Tamboo
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Low Taek Jho atau Jho Low tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Najib berkata semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," kata Najib di dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Tan ingin mengetahui sekiranya wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan Jho Low.

Sebelum ini, Sarawak Report telah mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.5 billion) pinjaman yang dibayar balik 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) pada September 2009 disalurkan ke sebuah syarikat yang didakwa dikawal oleh Jho Low.

Jho Low pula telah menafikan semua tuduhan penyelewengan wang dan penipuan yang dilemparkan terhadapnya dan mendakwa segala tuduhan terhadapnya berbau politik.



1 ulasan:

capt salai berkata...

Kalau bg jawapan menipu mcm ni kat parlimen boleh ke tt...tapi apa nk heran tuhan pun dia tipu sbb tu dia sumpah atas nama tuhan haha