Isnin, 18 April 2022

PEMBANGKANG KELANTAN TAK FAHAM

 


Kelantan terus mundur di bawah PAS, kata aktivis, pembangkang

KELANTAN terus mundur tanpa pembangunan dan kemajuan biarpun PAS sudah lebih tiga dekad mentadbir sejak menang pilihan raya 1990, dakwa aktivis dan pembangkang negeri.

Pentadbiran PAS tidak dapat menyelesaikan banyak isu rakyat termasuk kemudahan jalan raya, bekalan air bersih, dan tebatan banjir selain gagal menyediakan peluang pekerjaan, menangani isu pembalakan dan masalah sosial.

Aktivis Save Kelantan Mohd Hishamuddin Ghazali berkata biarpun mengumumkan belanjawan negeri yang besar sehingga lebih RM1 bilion setiap tahun, tiada program yang dapat dilihat terutama dari sudut pembangunan ekonomi yang bermanfaat kepada rakyat.

“Bajet negeri pada tahun 2020 sebanyak RM1.1 bilion, 2021 RM1.57 bilion dan 2022 RM1.1 bilion. Kalau kita tengok semua bilion, tapi apa manfaat kepada rakyat?

“Kita tidak lihat ada signifikan besar terutama untuk menambah sektor pertanian memandangkan kebergantungan ekonomi negeri terhadap sektor itu.

“Kalau ada kejayaan besar pun cuma program pembangunan akuakultur di Danau Tok Uban, Pasir Mas untuk pengeluaran 51 tan metrik ikan. Itu pun bagi saya angka yang kecil, tidak beri sebarang signifikan,” katanya.

Beliau menyifatkan jumlah perbelanjaan itu “boros” tanpa semak imbang di Dewan Undangan Negeri.

Hishamuddin juga berkata kerajaan Kelantan gagal menangani masalah jalan raya sehingga mendatangkan risiko kemalangan kepada penduduk seperti di Jalan Kuala Krai, Gua Musang.

Penduduk Kelantan juga masih menanggung masalah bekalan air bersih yang tidak pernah selesai walaupun ada dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.

Keadaan ini mengecewakan rakyat, katanya, kerana PAS sekarang sudah jadi sebahagian daripada kerajaan di Putrajaya sementara beberapa pemimpin kanannya juga jadi menteri dan timbalan menteri, termasuk dari Kelantan.

“Kita sebagai rakyat biasa tengok bila peluang diberikan kepada PAS, terutama menteri alam sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man, patut lebih cekap cari dana untuk selesaikan masalah air rakyat Kelantan yang dibelenggu masalah air sejak 1990… tapi dah 30 tahun jadi kerajaan, masih tak mampu selesaikan.

“Sama seperti isu banjir teruk di Rantau Panjang yang patutnya dapat diselesaikan dengan projek tebatan banjir.

“Projek itu nak dibuat sejak tahun 1990 tapi tak selesai hingga perdana menteri baru-baru ini datang kata kerajaan pusat hanya luluskan peruntukan RM665 juta  daripada RM 1.3 bilion nilai projek tersebut, dan bajet selebihnya kerajaan negeri kena cari sendiri.

“Itu yang kita persoalkan apabila lima menteri ini jadi tunggul kayu dalam kabinet, mereka tidak boleh cari dana untuk selesaikan masalah tebatan banjir.

“Apabila kita persoalkan kerajaan negeri kata akan siap tahun 202. Kalau macam itu maksudnya dalam tempoh dua tahun ini penduduk akan berhadapan dengan banjir besar,” katanya.

PAS mentadbir Kelantan selepas menang pilihan raya umum 1990, ketika itu membentuk kerjasama dengan parti serpihan Umno, Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah serta Hamim dan Kimma dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah.

Dalam tiga dekad itu, PAS menepis kritikan terhadap pentadbirannya dengan mendakwa kerajaan negeri dipinggirkan oleh kerajaan persekutuan yang tidak memberikan peruntukan yang cukup untuk pembangunan.

PAS juga mempersoalkan hak Kelantan terhadap royalti minyak dan gas yang dinafikan oleh kerajaan pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Isu itu diheret ke mahkamah pada Ogos 2010 tetapi diberhentikan pada Mei 2019 selepas jaminan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad mengagihkan royalti kepada kerajaan negeri.

Putrajaya membayar pendahuluan RM15.7 juta kepada Kelantan pada September 2018, umum kerajaan negeri.

Kelantan juga menerima wang sejumlah RM400 juta bagi tempoh dua tahun lepas 2020 dan 2021 namun PAS tidak mengiktirafnya sebagai wang royalti minyak.

Walaupun menerima wang hampir RM1 bilion daripada Putrajaya, prestasi kerajaan negeri masih teruk, kata Hishamuddin.

Beliau berpendapat dengan wang sebanyak itu kerajaan negeri sepatutnya boleh menggerakkan projek ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan terutama kepada anak muda tempatan.

Beliau mendakwa wang itu sebaliknya digunakan demi kepentingan politik. Pada masa sama, Kelantan dilapor membayar bonus dan menaikkan gaji exco kerajaan negeri serta membeli kereta Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi pimpinan negeri.

Hishamuddin juga mendakwa kerajaan negeri PAS menjual hasil negeri kepada syarikat pembalak dengan meluluskan projek pembalakan secara tidak terkawal.

“Keluasan projek tanah ladang di kawasan hutan simpan yang diluluskan ini adalah tiga kali ganda daripada saiz Singapura, yang sepatutnya hasil yang diterima kerajaan banyak. Tapi sekarang ini ia lebih menguntungkan tauke syarikat,” katanya.

Beliau memberi contoh kelulusan 7,500 ekar tanah untuk projek ladang durian.

“Ini nak tanam apa sebenarnya sampai banyak macam itu sekali. Sepatutnya kalau kerajaan negeri ini dapat berfikir di luar kotak mereka boleh wujudkan syarikat anak negeri untuk bangunkan ladang durian secara komersial, libatkan bersama dengan rakyat untuk usahakan tanah itu, namun ia tidak berlaku.

“Pemimpin hanya nak senang terima bayaran one off untuk hasil balak ini,” katanya.

Bangkit

Sementara itu Ketua Wanita Amanah Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata rakyat Kelantan perlu bangkit dan mempersoalkan semula adakah ini kerajaan yang mereka mahu.

Katanya, tindakan kerajaan negeri menghalalkan pembalakan tidak terkawal yang merosakkan alam sekitar memperlihatkan kepincangan dan kelemahan urus tadbir yang tidak menggambarkan kepimpinan Islam sebenar.

Malah projek ladang hutan, seperti yang didedahkan oleh pemimpin Amanah Husam Musa, hanya mahu mengaburi mata rakyat.

“Menang nama cantik… projek ladang hutan, tapi hakikatnya mereka bersihkan habis kawasan hutan sampai merosakkan alam sekitar menyebabkan banyak tanah terhakis dan turut melibatkan kawasan tadahan hujan.

“Saya sebagai pemimpin wanita nak kerajaan negeri jawab perkara ini kerana ia sangat menakutkan, kalau betul ini yang dilakukan maka ia perbuatan pecah amanah dan kerajaan negeri perlu bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Hafidzah, Kelantan bukan sahaja tercorot dari sudut ekonomi tetapi menjuarai pelbagai masalah sosial terutama melibatkan hak pembelaan wanita dan kanak-kanak, yang dibuktikan melalui data polis.

Katanya, nasib wanita tidak terbela di bawah pemerintahan PAS ini termasuk hanya 11% saaja kepimpinan wanita dalam kerajaan negeri.

“Kita cuma ada seorang exco wanita dalam kerajaan negeri. Perkara ini yang saya nak tekankan… banyak kita harapkan kepada kerajaan negeri, mereka sepatutnya menunjukkan prestasi baik.

“Kerana itu saya minta rakyat bangkit menggesa kerajaan untuk menjawab segala kepincangan dalam pentadbiran supaya masa depan Kelantan ini boleh dibela,” katanya.

Ketua Cabang PKR Kota Bahru Zinda Khalil Sastro Hassan pula tidak menolak sekiranya PAS kekal memerintah Kelantan, dalam tempoh lima atau 10 tahun semua hutan di negeri itu akan dibersihkan oleh kerajaan negeri.

“Memang tidak mustahil, kita tengok banyak kenyataan dedah mengenai pembalakan tidak terkawal… sekarang ini pun banyak hutan yang digondol.

“Bagi saya kerajaan negeri tidak ada inisiatif lain untuk dapatkan dana negeri selain daripada meluluskan penebangan balak,” katanya.

Ditanya mengenai sentimen rakyat ketika ini, Khalil berkata beliau dapat melihat gelombang rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi kerajaan negeri.

“Ramai menyatakan tidak puas hati dengan kerajaan PAS, terutama ketika berlaku banjir besar dan kerajaan negeri atau kerajaan pusat tidak ambil perhatian, bantuan dijanjikan tidak ada. Dari situ saya tengok rakyat sudah mula menilai,” katanya. – 18 April, 2022.

PEMBANGKANG

DI KELANTAN

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

AKTIVIS LAGI

TAK SEDAR

KAH KAH KAH

MEREKA TAK

TAHU NEGERI

MEREKA HEBAT

KAH KAH KAH

DARI SERAMBI

MEKAH JADI

SERAMBI MOSCOW

KAH KAH KAH

MANA ADA

DALAM NEGARA

ISLAM AMBIL

AIR SEMBAHYANG

PAKAI TEK TARIK

KAH KAH KAH

TU PASAL 

WALAU PUN 

KU LI KATA

KELANTAN 

DI BAWAH

PELACUR

KAH KAH KAH

KU LI TAK SEDAR

PELACUR INI

KEMUT KUAT

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapa ini Aktivis ? Sapa ini yang berani mencabar parti pelacur ? Selama 30 tahun terbaik semua baik semua beres masih sokong, apa masalah, banjir no Hal, teh tarik no Hal, kah kah kah jangan lawan tauke balak, semua kroni semua ada kerabat semua ada hubungan, potong balak siang malam sampai banjir no Hal, semua takdir semua kehendak Tuhan, diam diam sudah kah kah kah

Rosli berkata...

Asad utama kebersihan dalam Islam ialah air. Kàlau itu pun kerajaan Yang mendakwa Islam tak boleh nak selesaikan, macamana dengan halx lain. Nak mandi, basuh pakaian, minum mesti dengan air bersih. Kàlau ambil wuduk dengan air macam teh tarik, apa cerita. Jangan duk jaja nama Islam, tapi kehidupan harian comot. Nanti Nik Amar kata mandi sungai, minum air telaga pun boleh jadi TMB Dan Exco.