Rabu, 11 Mei 2022

DULU BRITISH BAWA MASUK CHINA

 

 Tangguh 500,000

 kemasukan pekerja

 warga Bangladesh – 

MHO

KUALA LUMPUR – Nampaknya masih lagi ada pihak-pihak yang membuat bantahan berhubung hasrat kerajaan membawa masuk sekurang-kurangnya 500,000 pekerja Bangladesh ke negara ini.

Ini kerana rata-rata mereka berpandangan adalah lebih baik pihak berkuasa menjalankan pemutihan dengan melaksanakan operasi ‘pembersihan’ pekerja asing sedia ada. 

Sekali lagi, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa kerajaan untuk kemasukan pekerja warga asing yang sepatutnya sudah masuk ke negara bermula hujung bulan ini.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim,  walaupun ramai berdepan dengan isu kekurangan pekerja warga asing namun pada masa sama lebih ramai yang membantah kerana negara juga sedang berdepan lambakan warga asing.  

“Sebelum ini, MHO telah menghantar secara rasmi memorandum meminta KSM tangguh kemasukan pekerja asing khususnya dari Bangladesh sehingga kajian terperinci dapat dilaksanakan kesan dari kemasukan warga bangladesh dalam skala yang terlalu besar.

“Percayalah jika ini berlaku berkemungkinan akan ada kartel-kartel tertentu mengaut keuntungan dari kemasukan pekerja bangladesh beramai ramai. Ini bukanlah retorik mahupun kenyataan untuk menakutkan sesiapa, inilah realitinya. Kita bimbang ini pasti akan berlaku.

“Skala kemasukan kali ini begitu ramai dan menggerunkan malah timbul persoalan adakah benar ini kemasukan pekerja atau penghijrahan beramai-ramai. Ingat, rakyat kita juga terbeban dan agak sensitif dengan perkara ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kata Hishamuddin, kerajaan sepatutnya perlu mendahulukan pekerja tempatan kerana kadar pengangguran masih tinggi lagi-lagi setelah pasca pandemik Covid-19.

4
“Jangan asyik ulang benda sama, rakyat Malaysia tidak berminat itu dan ini. Carilah jalan. Keutamaan perlu diberi kepada pekerja tempatan.

“Baiklah, jika pekerja tempatan tidak berminat kerajaaan boleh guna pakai pekerja yang telah ada di Malaysia melalui program rekalibrasi dan juga boleh mengguna pakai pekerja dari kalangan individu tiada warganegara iaitu golongan ‘stateless’ yang bukanlah isu asing di negara ini.

“Golongan stateless bukanlah warga asing tetapi satu kumpulan yang telah lahir di sini, mempunyai keluarga di sini sebaliknya mempunyai isu dokumentasi. Malah golongan ini juga tidak ada negara yang perlu mereka hantar duit, aliran wang keluar juga terjaga.

“Banyak golongan ini banyak di Sabah, jadinya wang di hantar juga ke Sabah, mereka yang bekerja di Semenanjung. Bukankah Sabah itu sebahagian dari kita? Ekonomi juga bertambah baik kerana kuasa belanja warga stateless ini.

“Kalau kita gajikan pekerja bangladesh wang gaji mereka akan dihantar ke Bangladesh. Mereka akan rugi dari segi pengaliran wang keluar. Sebab itu MHO rayu kerajaan tangguh dulu kemasukan warga Bangladesh.

“Tolonglah KSM, kita merayu,” ujarnya. 

NAMA ASAL

TANAH MELAYU

AMIN

BRITISH BAWA

MASUK CHINA

DAN INDIA 

AMIN

NAMA UBAH 

JADI MALAYA

AMIN

KEMUDIAN

UNITDED MALAYS

NATIONAL 

ORGANISATION

TOLAK TEMASIK

UBAH JADI

MALAYSIA

AMIN

TAK CUKUP LAGI

TAHUN INI 2022

NAK UBAH JADI

BANGLASIA

KHALAS

BRITISH BAWA

MASUK PENDATANG

MELAYU MARAH

KAH KAH KAH

SENDIRI BAWA

PENDATANG 

TAK MENGAPA

DAPAT BUAT DUIT

AMIN

AKHIRNYA 

MELAYU JADI

RED INDIAN

JADI MAORI

JADI ABO

KAH KAH KAH

KHALAS

DE ALIH UBAH HAA dinar 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT... Bangla semua tu tak minat pun nak mai malaysia... Tapi mereka dijanjikan.... Dijanjikan dgn segala kemewahan dan keindahan... Macam masa british bawak masuk orang cina dulu sebagai buruh... Depa pun kena tipu... Sistem hamba ni tak akan berakhir... Selagi Mat Qassim tidak menjadi Mahadi....

Tanpa Nama berkata...

Melayu payaaaaaaaah nak ajak kerja buruh. Belagak tokay. Nak tender kantin sekolah pun orang kerja nak bertolak tolak. Kau la kau la. Susah sangat nak ajak kerja. Dah kerja nak gaji tokay epf socso bagai. Bukak kedai makan kantin sekolah simpan sendiri la epf socso. Mereka ni, melayu lumpenproletariat bukan macam kau. Rajin. Boleh je pun kerja kedai makan dekat London sana tu. Sini. Puih. Kerja masuk lambat. Dah ada kerja mengorat pelanggan sampai lari. Bila tegur sentap. Lepas kerja 2-3 bulan lari

Tanpa Nama berkata...

dulu british bawah cina... kini cina bawa bangla vietnam myanmar...melayu nga-nga kerja tak ada.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bawak Bangla ada sumbang kerja, sumbang kudarat, bawak masuk Arab budaya dapat apa TT ? Asyik halal haram halal haram ??? Kah kah orang Kita sudah malas bekerja sejak Merdeka sebelum selepas sebab ITU perlu bawak masuk pendatang untuk kerja betul tak? Qtau gaji kurang Tanya united kenapa jadi begitu kah kah kah