Ahad, 15 Mei 2022

JANGAN BALING PASIR KE PERIOK NASI

 



Jangan terburu-buru tanam ketum, tunggu keputusan kerajaan, kata Mahdzir

PENDUDUK luar bandar di negeri ini dinasihatkan tidak terburu-buru mengusahakan penanaman pokok ketum di kawasan tanah milik mereka walaupun ada cadangan agar daun ketum dibenarkan dieksport ke luar negara bagi tujuan perubatan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata penduduk sebaiknya perlu menunggu keputusan rasmi kerajaan persekutuan berkaitan perkara berkenaan yang setakat ini belum ditentukan.

“Kita boleh menjadi seorang yang positif dan progresif dalam urusan berkaitan dengan ketum tapi kita tunggulah sampai keputusan dibuat kerajaan. 

“Jadi kalau kata keputusan kerajaan nanti, jika dibenarkan (eksport daun ketum) barulah kita, bertindak mengikut lunas undang-undang ditetapkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Padang Terap di Kuala Nerang, Kedah hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan berita mengenai kegiatan penanaman ketum yang didakwa berleluasa selain terdapat pembukaan kebun atau ladang ketum baharu negeri ini khususnya di daerah Padang Terap.

Mahdzir berkata penanaman pokok ketum oleh penduduk luar bandar khususnya di daerah ini sudah lama dijalankan namun beliau menolak dakwaan terdapat kebun atau ladang baharu dibuka.

Menurutnya, apabila terdapat cadangan agar daun ketum dibenarkan dieksport penduduk luar bandar atau penanam ketum melihatnya sebagai peluang untuk untuk mengusahakan tanaman tersebut.

“Jadi ia bukanlah pertambahan tapi apabila ada perkhabaran-perkhabaran baik walaupun belum tentu lagi kepastian ataupun kelulusan tapi pada mereka ia dianggap sebagai positif, jadi dia betulkan (menguruskan semula) ladang-ladang dia (yang sebelum ini tidak diuruskan),” katanya.

Dalam isu lain, Mahdzir berkata Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah menyalurkan bantuan persekolahan kepada 53,741 pelajar di seluruh negara  melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta pada tahun lalu.

Katanya, bantuan itu antaranya melibatkan bantuan kewangan secara sekali beri barangan dan kelengkapan persekolahan yang disumbangkan kepada pelajar kurang berkemampuan bagi memulakan sesi persekolahan.

“Bagi tahun ini, kita jangka jumlah peruntukan bantuan YPM yang sama akan disalurkan kepada pelajar kurang berkemampuan,” katanya. – Bernama, 14 Mei, 2022.



JANGAN BUBUH

PASIR DALAM

PERIOK NASI

KAUAM TANI

AMIN

KETUM DAH

BANYAK DI TANAM

AMIN

MASALAH BUKAN

BILA NAK TANAM

TAPI GANGGUAN

UNTUK DIJADIKAN

MATA PENCARIAN

AMIN

MASIH  LAGI

GUNA HUKUM

BAGINDA QUEEN

AMIN

KETUM TERBAIK

DALAM DUNIA 

DATANG DARI

BUMI MELAYU

AMIN

JANGAN JADI

BANGANG 

NANTI MOSANTO

AKAN AMBIL ALIH

HAK MILIK 

DNA KETUM

KHALAS

1 ulasan:

benlamen berkata...

wahai pak mahdzir, nak suruh org melayu kpg dapat arahan kerajaan baru bolih mula menanam ketum yg mmpu membela nasib mrika n memperbaiki ekonomi mrika sabagai org2 kpg. Turun nabi Isa ke dunia ini pun belum tentu menteri melayu p.kimak nak buat. yg pastinya pak2 menteri akan masing2 kejar n cari cukong2 china merah n cina x merah d dlm negara untk merika membuat ladang mega ketum ala ladang musang king. si melayu dpt share free 5% dah cukup gah. peduli apa dgn org kpg.x gitu ke wahai menteri aka naib.presiden umno. berterusan tipu n klentong org2 kpg esp d gullible malays. itu lah kepintaran pemimpin2 melayu x kira dari parti mana