Ahad, 12 Jun 2022

SUSUN ATUR BANGUN DAN LAWAN



Penduduk Puchong bantah taman permainan jadi parkir

PENDUDUK Puchong mendesak pihak berkuasa menghentikan projek pembangunan yang bakal memusnahkan taman permainan mereka.

Warga Taman Puchong Intan berkata kerja pembinaan itu akan menukar satu-satunya taman permainan mereka kepada tempat letak kereta.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, penduduk mendakwa pihak berkuasa hanya memekakkan telinga apabila mereka membuat rayuan. Dakwa mereka, meskipun beberapa laporan polis telah dibuat terhadap pemaju namun masih tiada maklum balas.

Pagi ini, penduduk akhirnya mengetengahkan perkara itu kepada pihak media. 

Wakilnya, Deva Varman, 40 berkata  Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan wakil-wakil yang telah dilantik juga gagal membantu mereka.

“Kami minta MBSJ tunjukkan dokumen hitam putih kebenaran pembangunan ini tapi mereka tidak tunjuk jadi kami tiada pilihan lain selain buat laporan polis,” katanya.

Bersempadan dengan taman permainan di Jalan Intan 2, Taman Puchong Intan Fasa Satu itu adalah Apartmen Puchong Intan 10 tingkat dan Kuil Sri Naga Nageswari Alayam.

Bertentangan dengan kawasan taman yang memiliki buaian dan papan gelongsor untuk kanak-kanak itu terdapat deretan 378 rumah teres setingkat, 240 unit rumah kedai dan Surau An-Nur.

Menurut Deva, penduduk tidak pasti sama ada pihak berkuasa memberi kebenaran untuk membina kawasan tempat letak kereta di situ. 

Sementara seorang penduduk, Shelarajoo Sabathy, 61 berkata mereka bukan menuntut sebarang pampasan sebaliknya hanya mahukan taman permainan itu kekal di situ.

“Kami mahu taman ini kekal di sini dan tidak dibangunkan menjadi benda lain. Hanya ini tempat untuk anak-anak kami meluangkan masa pada waktu petang memandangkan tak banyak aktiviti boleh dibuat di kawasan sekitar.

“Kami tidak menerima sebarang notis daripada MBSJ tapi kontraktor telah mula memotong pokok dan memusnahklan peralatan permainan di sini,” katanya. – 12 Jun, 2022.

YANG MISKIN

TERUS DITINDAS

KAWASAN RUMAH

DI MUSNAH

AMIN

TAPAK RUMAH

DI RAMPAS

AMIN

SATU SAJA

JALAN

SUSUN ATUR

BANGUN DAN

LAWAN

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Gwa terpancot dingar berita TV pagi tadi ..satu ruang berita tu, stori budak2 sekolah di ajar gimana nak tanam pokok dan sayangi pokok ..lepas tu brita lori balak aksiden kat Kelantan Serambi Moskow ..berpuloh BATANG lanchow .. ooop balak terbarai diatas jalan ..hingga jln jem 6 jam ..