Polis tahan 5 individu babit kes tipu pakej haji
LIMA termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tipu tawaran pakej haji dan visa yang tidak wujud membabitkan hampir 400 bakal jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan malam ini berkata kesemua suspek warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 50 tahun itu ditahan selepas polis menerima 18 laporan kes penipuan pakej haji melibatkan kerugian RM683,500 setakat ini.
Menurutnya, satu laporan terbaharu berkenaan dakwaan penipuan pakej haji itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju pada 7 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ashari Abu berkata siasatan awal mendapati pengadu dalam laporan terbaharu itu mendakwa berurusan dengan suspek dari sebuah agensi pelancongan di Taman Danau Kota, Setapak dan membayar sebanyak RM35,000 ke akaun bank milik agensi pelancongan berkenaan.
Bagaimanapun agensi tersebut sering menunda tarikh penerbangan ke Makkah dari tarikh asal yang ditetapkan.
“Pada 7 Julai, mangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mendapati tiada sebarang tempahan tiket penerbangan ke Makkah dibuat atas nama mereka.
“Agensi berkenaan juga tidak membuat sebarang pemakluman malahan tiada wakil tampil memberi penjelasan berkaitan permasalahan dialami mangsa,” katanya.
Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA ekoran ditipu sebuah agensi pelancongan yang dipercayai menggunakan visa furada dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji. – Bernama, 9 Julai, 2022.
3 ulasan:
TaT ..Ooo TaT ..kok kono tipu duo kali dalam hal yg samo bodoso tak ..ini ko yg di katokan org tuo jaman dulu, kok nak poey Aji ati kono boghosih ..poey Aji musti bayar dongan duit HOLAL. Kok tak mcm2 hal akan bolaku ..sosek lah, kapal potot ko Mokah tapi tosadai kek Mukah (Boeneo) lah ..tak jumpo batu itam lah mcm2 ..kahkahkah. Isteri Badak dengan Totok poey Aji pakai duit HOLAL ko ..
Nak pergi haji ekspress kena ada banyak duit. Kena ada kuasa. Kena ada kabel. Kebal undang2. Kalau baru jadi menteri dua tiga bulan pun dah boleh pergi haji. Cuti berbayar. MENAFIKAN GILIRAN UMAT ISLAM YANG LAIN. Mengambil giliran atau hak giliran saudara seugama. Sanggup makan daging saudara sendiri sebab kamu ada duit dan kuasa. Lepas tu kamu berangan nak masuk syurga nak entot bidadari. Yg betina teringin mendapat pelayan2 lelaki muda di syurga. Tak kira apa warna payung kamu, taik kamu juga sama busuk dengan ceti berpayung hitam. Kamu mati di baham tanah sama seperti kami. Mustahil redho tuhan itu untuk kaki cilok giliran orang lain.
Banyak kerja polis nak jaga moral nak jaga kelakuan nak jaga percakapan nak jaga semua kiri kanan atas bawah, kah kah kah kerja tangkap orang jenayah xurik billion songlap rasuah kerja siapa pulak kah kah kah
Catat Ulasan