AMK nafi sengaja halang perwakilan masuk dewan kongres
SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan dengan sengaja menghalang perwakilan memasuki dewan untuk menghadiri Kongres Nasional AMK pada pagi tadi.
Sebaliknya menurut Setiausaha AMK Ahmad Syukri Razab, tindakan itu diambil selepas mendapati terdapat ahli yang tidak diiktiraf parti sebagai perwakilan.
Jelasnya, terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum menjadi perwakilan iaitu cabang perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan dan memenangi pemilihan dengan sempurna.
“Mesyuarat agung tahunan itu laporannya perlu dihantar selepas menerima tandatangan yang cukup.
“Kedua, cabang itu mesti ikut proses pemilihan yang sempurna iaitu untuk pemilihan lepas setiap cabang kena ada sekurang-kurangnya lapan pencalonan Ketua, Timbalan, Naib dan lima Ahli Jawatankuasa (AJK)
“Kalau kurang satu, cabang itu dianggap tidak layak bertanding. Kedua-dua syarat ini kena ada,” katanya ketika ditemui wartawan di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC).
Jelas Ahmad Syukri, kebanyakan yang dihalang masuk ke dewan pagi tadi hanya memenuhi syarat kedua.
Mengulas lanjut beliau berkata, hanya perwakilan daripada 75 cabang sahaja dibenarkan menghadiri Kongres AMK pada hari ini.
“Sebenarnya kita dah senaraikan yang 75 cabang yang hadir itu di laman rasmi dari awal. Semua ada terperinci dalam laman rasmi. Nama mereka semua ada. Jadi sebenarnya sebelum datang hari ini mereka boleh semak,” tambahnya.
Selain itu katanya, AMK turut menghadkan kehadiran perwakilan yang hadir berdasarkan kapasiti dewan yang hanya boleh memuatkan 400 perwakilan daripada 675 yang layak hadir.
Pagi tadi, berlaku kekecohan apabila perwakilan mendakwa tidak dibenarkan menghadiri Kongres Nasional AMK pada hari ini.-
2 ulasan:
Aku ingat ko legend dah dalam pembacaan politaik, rupanya banyak yg ko tertinggal ye TT. Aku andaikan ko tak tertinggal tapi mungkin ko terlupa...yang....di dalam pkr ada 'umno'. Aku berani cakap sebab aku pun pernah lah ditawarkan jadi ahli pkr untuk buat kacau. Kahkahkahkah
hang pa dok loq lak dgn pkr buat apa ... cerita remeh2 sengaja di perbesarkan ... lebih baik tumpu di skandal melibatkan billion2 disonglap pemimipin melayu isle . bayangkan suasana skrg dgn wang yg disonglap boleh bantu brp ribu rakyat hadapi sara kos hidup...kah..kah..kah
Catat Ulasan