Rabu, 3 Ogos 2022

CREME DE LA CREME


Crème 

De La Crème


Bila minggu orientasi selesai aku mula menyesuaikan diri dengan gaya  hidup baru di MCKK. Bukan susah untuk mengenap dan mengikut rentak baru ini. Buka mata, buka telinga dan ikut.  Aku yang tidak pernah memiliki jam tangan mendengar  loceng untuk jadi panduan waktu.

Pelajar baru dari untuk Tingkatan Empat telah juga selesai di orientasi bersama.

Kelas bermula.  Dalam kelas pelajar baru  dan lama  makin intim berkenalan. Bertanya  itu dan ini. Kampung di mana dan sekolah di mana.

Dalam kelas aku – Tingkatan Enam Bawah -  ada yang masuk ke MCKK  dari Tingkatan Satu.

Ada yang masuk dari Tingkatan Empat dan  ada yang masuk dari Tingkatan Enam – seperti aku. Mereka natives  kami imigran.  Kami inilah pendatang baru yang wajib mengenal MCKK.

Warga asal  dari Tingkatan Satu telah rapat bersetia kawan. Mereka  ada dongeng dan labun – ada riwayat dan sejarah yang kami pendatang baru tidak tahu. Ada kesah  ini dan kesah itu – kesah gelap dan kesah terang , babak dan watak-watak hanya mereka sahaja yang tahu.

Lawak dan cerita ceriti mereka pendatang baru tidak tahu. Kami boleh dengar tapi tak faham ‘punch-line’ nya. 

Kami  semua telah melintasi 18 tahun.  Malah  Tingkatan Enam ini juga di kenali sebagai Pra-Universiti.  Ini bermakna kami sedang masuk ke  zaman muda remaja. Zaman menanggalkan kelongsong zaman kanak-kanak. Zaman aku mandi telanjang atas jambatan  di tepi jalan - bila kereta lalu terjun ke dalam sungai. Dua tangan menutup kangkang untuk menyorokkan punai.

Aku perlahan-lahan cuba mengenap. Tapi bila loceng petang berbunyi aku menjadi tidak selesa. Kawan-kawan dari Dorm Twenty ajak aku berjemaah. Sembahyang Maghrib berjemaah ini satu perkara yang bukan dalam budaya hidup aku.

Sembahyang ini aku lihat sama seperti melihat permainan ragbi atau main kriket. Baru untuk aku.

Aku rasa aku wajib menyelesaikan perkara ini.  Aku tidak mahu diri aku diubah untuk menjadi bukan diri aku. Falsafah aku – apa yang aku fikirkan  itulah aku.

Akhirnya aku memberanikan hati pergi bertemu dengan Mister Desmond John Tate nama popnya di MCKK hanyalah Mister Tate. 

Mister Tate  memberi kuliah General Paper atau Kertas Am untuk kelas aku. Aku memilih untuk bertemu dengan Mister Tate kerana aku rasa seorang  Mat Salleh lebih faham apa yang sedang  aku hadapi.

Di petang  minggu ketiga aku bertemu Mister Tate. Di hari itu dia menjadi Duty Master. Setiap hari di MCKK  ada guru berganti-ganti menjadi Duty Master. Bertugas dari pagi  hingga lampu padam. Juga Duty Master akan makan malam di High Table bersama kami.

‘ Sir...  I think I don’t want to stay here..... I’m not so sure ....here........’ Aku meluahkan perasaan.

Mister Tate memandang muka aku. Dia tidak berkata apa apa untuk beberapa ketika. Kemudian bersuara. ‘  Why.. why Hisham... where do you want  to go...’

‘ Maybe I’ll go back to  Seremban... there is KGV ... ‘ aku menjawab cepat.

‘ Hisham... so many people want to come here.. but you wanted to leave... why...’ Mister Tate bertanya dengan penuh kehairanan  atas keinginan aku.

Aku senyap tidak menjawab. Aku tidak berani berkata jujur kepada Mister Tate kenapa aku mahu meninggalkan MCKK.

‘Not every one could come here.... you’re specially selected....’ Mister Tate masih ingin meyakinkan aku.

Kami berjalan hingga sampai ke gelanggang badminton di hadapan Dorm Twenty.

‘ I’m not use to light out at night... and the bell....’ Aku berbohong kepada Mister Tate.

‘ Hisham.....stay for one term...you will like it.. try one term... after that we  will discuss it again... don’t think of KGV.. you’re here in MCKK....you are MCKK Boys..’  Mister Tate menyampaikan  nasihat.

Aku tidak faham apa makna  MCKK Boys  yang dikatakan  oleh Mister Tate.

Satu malam  di minggu ketiga ketika prep sedang berjalan tertiba muncul  seorang pelajar Enam Atas   meminta semua  kami pendatang baru pergi ke bilik bawah paling hujung. 

Aku merasa risau juga. Apakah orientasi belum selesai. Kenapa waktu malam kami di panggil. 

Sepuluh orang kami berduyun mengekor pelajar Tingkatan Enam Atas. Kami dibawa masuk ke bilik darjah paling hujung. Bila kami masuk aku lihat pendatang baru dari aliran Sains telah  masuk lebih awal.

Aku tak tahu apa yang akan berlaku.  Kami semua senyap  tak ada siapa berkata apa apa. Kami merasa kami di orientasi oleh senior sekali lagi.

Di meja guru ada  nampak ada Kassim Ahmad kepala Minggu Orientasi, Nazri, Rahman Adnan  dan dua lagi senior yang aku tidak  tahu namanya.

‘ Selamat datang... Nazri  dan Rahman hang dah kenal masa orientasi ... yang ni  Hamzah Zain dan Affandi.... dia nak beri ucapan kepada kamu semua....’ Kassim yang memakai baju  Melayu hijau lembut berkain pelikat dan bersongkok hitam menjadi  pengerusi majlis malam itu.

Semua pendatang baru senyap. Kami tidak tahu apa yang  akan berlaku.

‘ Why are you here.... why .. why... kenapa  kamu disini... kamu tahu atau tidak ...’ Hamzah Zain mula bersuara. Dia berdiri  seperti guru di hadapan bilik darjah. Aku ingat lagi dia memakai seluar  baju Melayu kelabu dan bersongkok hitam.

‘ You are selected... you are special... you are creme de la creme....’ Hamzah meneruskan ucapan.

Aku mendengar  aku faham tapi aku tak faham apa maknanya creme de la creme. Cream ini aku tahu minyak rambut atau ais krim. Creme de la creme ini satu yang amat baru untuk aku.

‘  Creme de la creme...kamu semua ini Melayu yang dipilih... dari semua Melayu... kamu ini  spesial...  the cream of the Malays..you are the best.... do you know what is MCKK....why MCKK...’  Hamzah Zain berucap dengan penuh keyakinan.

Aku budak kampung dari Jelebu mula faham apa yang sedang berlaku.  Semangat MCKK dan semangat Melayu sedang ditanamkan.
‘ You are the best... you are selected because you are the best.... MCKK is the best school.... you are MCKK boys.... now... keep the tradition...’ Hamzah menyambung ucapan.

Sekali lagi aku terdengar ayat - you’re MCKK Boys.  Siang dari Mister Tate malam dari Hamzah Zain.

‘ You are now memberr of Form Six Union...  we have  all the faciliites... ada reading room,.. ada newspaer... ada tv.... di Pavilion.... you are all welcome  to Pavilion.... ‘ Rahman Adnan mencelah. 

Lima  sosok senior ini semua berdiri di hadapan kelas. Kassim yang tadi duduk di meja guru telah bangun.

‘ Ingat kenapa kamu disini.. apa tugas kamu sebagai  MCKK Boys.... keep our tradition...jangan lupa kamu semua ini dipilih. Masuk ke MCKK kerana kamu ada Melayu yang terbaik....kamu semua ini Melayu  terpilih...’ Affandi akhirnya bersuara.

Loceng prep berakhir kedengaran. Taklimat atau lebih tepat lagi penamat minggu orientasi selesai. Malam itu banyak bahan masuk dalam kepala. 

Kami – pendatang baru senyap tidak bersembang atau bertukar pandangan tentang apa yang telah berlaku. Kami hanya menerima – junior menerima pandangan senior.

Apa yang jelas kami telah diterima sebagai MCKK Boys 

Apa tradisi  MCKK – masih kabur dalam fikrah aku. Kepala aku masih mengarah ke Seremban. Masih mengarah ke KGV. Sekolah KGV ini  tak pernah aku jejaki hanya aku lihat dari atas bas Lim yang melintas di hadapan KGV  ketika perjalanan dari Seremban ke Kuala Klawang.

Dua hari kemudian aku memberanikan hati bila loceng petang berdering aku  telah siap mandi. Kemudian aku  bersongkok, berseluar berbaju Melayu biru muda menapak dari Dorm Twenty menuju Pavilion. Waktu maghrib belum bermula.

Sampai ke Pavilion aku menuju ke bilik rehat. Betul seperti  yang dijanjikan olen Rahman Adnan - ada akhbar Utusan Malaysia, Straight Times,  Berita Harian dan peti TV. 

Ketika aku sampai bilik rehat kosong. Peti Tv ada  tapi aku tidak melayan tv. Tahun 1969 di Jelebu bukan sahaja tidak ada Tv – api leterik pun masih belum masuk. Hanya pekan Kuala Klawang yang ada api leterik.

Aku mencapai Utusan Malaysia. Akhbar langganan keluarga Zaleha Rais. Dari huruf Jawi hingga beralih  ke Rumi aku telah berkenalan dengan Utusan. Aku dibesarkan oleh Utusan.

Petang itu aku  leka membaca Utusan di Pavilion.

Locong kedengaran. Para senior turun dari bilik atas  menuju ke Dewan Makan. Aku pun turut sama berjalan kembali ke arah Dorm Twenty.

Kawan aku Ghani sudah bersedia hendak ke dewan makan.

‘ Kat mana tadi.. ‘ Ghani bertanya.

‘ Pavilion....’ Aku jawab ringkas.

‘ Ada apa... sapa ada di sana...’ Ghani bertanya.

‘ Baca Utusan...’ 

Semenjak petang itu aku tidak ada masalah bila Maghrib sampai.   Baju Melayu, kain sarung dan songkok  yang aku pakai adalah budaya Melayu  - bukan budaya Arab.

Bertemu Pavilion menjadikan aku selesa  mengenap. Aku menjadi tenang dan selesa. Aku merampas kembali diri aku yang hampir terlucut.  Aku menjadi aku kembali.

Terima kasih Pavilion yang menyelamatkan aku. Kini aku hanya menumpukan mata dan telinga aku  untuk memahami apa itu MCKK Boys dan apa itu creme de la creme. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/08/03/creme-de-la-creme

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita dari sana, cerita dari sini. So who gives a shit to a once-fugitive telling Tom-Dick yawning story? Don’t call yourself a reformist or fighter if you so scared of Kemunting? 2x5 like Kleptos Najib and Zahid who are all scared of Sg. Buloh? The real men are Brader who served time on fake Stok Saka charges and Rafizi who was ready to go in.

Your only worth story is main bontot Ezy!!!! Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kain pelikat dan songkok tu bukan budaya melayu. Tu budaya keling. Kalau melayu pakai tengkolok. Pakai seluar, spender di luar, melayu tak tau buat spender. Spender ni melayu panggil sampin, tujuan nya supaya benjolan kemaluan tu tak nampak. Akhirnya keling boleh jadi melayu bila pakai pelikat dan songkok. Melayu boleh jadi arab kalau berjubah serban. Budaya melayu dah lama hilang. Budaya baru ialah rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Gua Masa darjah enam dpt result baguih,cikgu panggil nak tanya skolah Mana gua nak.antara MCKK dgn STAR tp gua pilih Anderson school kat sebelah je skolah rendah gua. Cikgu tanya nape taknak masuk MCKK dgn STAR,aku bgtau cikgu aku xnak kene ponggong.kahkahkah aku Masa darjah enam dah tau sexual harassment ke atas lelaki mcmane. Nasib baik Tak masuk MCKK,kalu Tak kene ponggong,hang tgk org lain kene ponggong. Tu pasei TT short skit otaknya kahkahkah FYI gua suka folow TT tp rivalry sekolah primier Anderson mckk xleh tggal.kahkah asal jumpa budak MC aku mesti tanya ponggong hang Dara lg Tak kahkahkah