Jumaat, 12 Ogos 2022

DATUK SERI DI JANDA BAIK


'Datuk Seri' antara 25 ditahan parti liar di Janda Baik, kata polis

SEORANG lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit Tinggi Bentong, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kesemua mereka berusia 18 hingga 64 tahun yang terdiri daripada warga asing dan tempatan itu ditahan sepasukan polis kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata ketika serbuan polis turut merampas dadah dipercayai jenis ketamin dan pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM800 dan siasatan awal mendapati banglo berkenaan disewa dengan harga RM15,000.

Katanya ujian saringan awal air kencing suspek yang terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita itu juga didapati positif dadah.

“Seorang yang ditahan bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan polis masih menyiasat siapa penganjur parti itu. Kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Zaiham merakamkan penghargaan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk Bentong yang telah menyalurkan maklumat. – Bernama, 11 Ogos, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

PARTI  LIAR

NI MACAM MANA

KAH KAH KAH

SAPA DAPAT

TANGKAP DIA

PUNYA KE ?

KAH KAH KAH

JANDA BAIK !??

BIAR  BETUL

KAH KAH KAH

DATUK SERI NI

DATUK SERI

YANG ITU KE?

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Suku Samdol berkata...

Datuk Seri kena tangkap sebab apa?
Nak nikmat duniawi di Malaysia nih selalu kena potong stim dgn orang2 yang dengki sebab dia sendiri tak dapat. Polis buat serbuan sebab ada orang buat report.
Kah Kah Kah

Tanpa Nama berkata...

datuk seri cong ceng kot... dato sri melayu sedang angkat martabat melayu mana ada masa meliar... kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Ni tak boley jadi nih ..TaT berdangdut goyang tetek lopeh ..Latok Seli bordisko kono. Apo bezo Dangdut Goyang Tetek dongan Bordisko ..

Tanpa Nama berkata...

Janda Baik ada apa? Kenapa parti disana dan bukan diJelebu? Tanya saja, jangan marah