Isnin, 1 Ogos 2022

KESAH AMOI DAN AH SOO


Rohana, laoshi ‘berpisah’ demi ilmu

MELAKA – “Saya sedih terpaksa berpisah tapi gembira kerana dia dapat menyambung pelajaran ke universiti,” kata Chee Hoi Lan, 83, sambil mengesat air mata .

Hoi Lan menemani anak angkatnya, Rohana Abdullah, 22, yang kisahnya pernah tular kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi pada hari pertama pendaftaran pelajar pengajian diploma di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka, hari ini.

Menurut Hoi Lan, perpisahan kali ini adalah yang paling lama akan dirasai kerana sebelum ini dia dan ‘anaknya’ itu hanya berpisah selama seminggu kerana Rohana perlu menghadiri kursus di peringkat sekolah.

“Memang saya sangat sedih, tapi sedih kegembiraan dan hanya mampu berpesan kepadanya supaya pandai jaga diri, akhlak, agama dan solat.

“Walaupun sudah tua, hari ini saya datang menemani anak untuk memastikan proses pendaftarannya berjalan lancar kerana sebelum ini Rohana tidak memiliki kad pengenalan,” katanya.

INI KESAH

CINTA KASIH

SAYANG ANAK

ANGKAT

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dengan pernyataan Enche' TT tapi ada lobai setan iblis berkhutubah . . tak kesah chamne pun kasih sayang tu sobab dia tu totap chino kapiat lahanat... tak masyuk syurga gak...!