Hadi sifatkan Pakatan korup, tidak bermoral, anti-Islam
PAS akan terus menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana ia gabungan yang mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah,” kata Abdul Hadi Awang hari ini.
Presiden PAS menerusi Facebook, menyifatkan ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman dan bermoral.
“PAS menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH dan lebih parah akibatnya kepada negara yang boleh merobohkan asasnya, sehinggakan ia boleh mematahkan cabang-cabangnya yang penting,” kata Hadi.
Beliau turut menyifatkan PH sebagai anti-Islam.
“Malah, dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan.
“Bahkan, terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi,” katanya.
Bagaimanapun ahli Parlimen Marang itu tidak menamakan secara khusus mana-mana individu dan memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Hadi bukan baru dalam kontroversi, beliau sebelum ini pernah menyatakan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera kebanyakannya bertanggungjawab terhadap rasuah di negara ini.
Beliau kini disiasat di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang berkemungkinan menghasut masyarakat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.
Sebanyak 28 laporan polis dibuat berhubung kenyataan itu. – 15 September, 2022.
2 ulasan:
Cerita 90 juta apa kesudahan? Memang lah Pakatan susah, susah nak bagi juta, susah nak bagi Audi, susah nak bagi Wellfire, susah nak bagi projek, kah kah kah mesti semua kafir, semua musuh Islang, musuh ular, musuh ustaz musuh semua lah, sebab puak ini susah cari makan, modal apa lagi ada ? Nak ekonomi langsung tak layak, nak pendidikan langsung hanyut, nak bercakap Inggeris kawe demo boleh lah, apa lagi ada? Modal lain ada nak maju rakyat, nak maju negara ada idea idea kah kah kah hanyut ke laut lah woit
Kawahli kata orang PH tak beriman. Adakah kawahli ni dikategorikan sebagai orang beriman bilamana mengambil jawatan tanpa melaksanakan tugas? Itu adalah amanah yg perlu dipikul. Begitu juga jika hadiri sidang parlimen. Itu adalah satu amanah yg diberi rakyat. Bukan ponteng parlimen. Sebagai sosok terpelajar dlm Islam kawahli tentu tahu natijah nya jika kawahli beriman dengan hari hisab. Kalau kawahli tidak percaya dia akan dihisab segala amalan nya, bermakna kawahli engkar atau kufur. Senang cakap kawahli ialah seorang kafir. Lebih malang lagi kawahli adalah seorang munafik. Sikafir yg berpura² menjadi Islam. Ilmu yg kawahli belajar menyebutkan orang munafik akan dicampak keneraka paling dalam sekali. Lebih dalam dari neraka orang kafir. Tidak kah gentar hati kawahli tentang ancaman yg disebut dalam quran? Sedangkan kawahli seorang yg tinggi ilmu pengetahuan ugama. Adakah kawahli ini memang betul² telah mengikut jejak langkah iblis yg tinggi ilmu nya tapi engkar? Ataupun kawahli telah melemparkan diri nya dalam syirik besar, iaitu dia mewakili tuhan dalam menentukan siapa yang beriman dan siapa yang tidak beriman? Kepada walaun walauntit sekelian tak kasihan kah kamu kepada tuang presideng kawahli yg sengaja mencampakkan dirinya dalam kebinasaan? Tegarkah kamu melihat saudaramu tanpa sepatah kata sanggahan? Apakah kamu semua juga telah hilang kepercayaan tentang hari hisab? Kami yang tak ada iman ini pun takut menghadapi hari hisab, jadi kami berpesan² pada walaun dan walauntit sekelian. Jangan salahkan kami sebab tak beri teguran.
Catat Ulasan