Selasa, 27 September 2022

MENUNGGU MAIL BERA

 





TUNGGU MAIL

SELASA  27/9/2022

KITA MENUNGGU
MAIL BERA PULANG DARI DUBAI
KITA TUNGGU 
APA KEPUTUSAN GEROMBOLAN
TENTANG PRU 15

CERITA PASAL
AGONG AMPUN NAJIB
MAKIN TAK DENGAR
KAH KAH KAH
INI MENJADIKAN
ZAID PEGUAM DARI UK
OPPPS... DARI ULU KELANTAN
MARAH

NAJIB DAH DI LUPAKAN
BELUM PUN SAMPAI DUA BULAN
DAH LUPA
KAH KAH KAH

PALING BERAT
ZAHID YNG DULUNYA
TAK  YAKIN DENGAN MAHKAMAH
KINI PENUH YAKIN
PENUH AKUR
BAHAWA  MAHKAMAH 
KITA ADIL AMAT ADIL

MAKA 
JIKA MAHKAMAH ADIL
PADA ZAHID
MUSTAHIL TAK ADIL
PADA NAJIB & ROSMAH
AMIN

IRAN
MASUK MALAM KE SEPULUH
DAH LEBIH 50 ORANG
GUGUR MATI DALAM
DEMO MENENTANG PAK LEBAI

GUA RASA 
DEMO INI TAK AKAN SAMPAI
KE PUNCAK KERANA TIDAK
ADA PIMPINAN PARTI
TIDAK ADA GARIS TEPAT

LEPAS INI
BILA DAH REDA
MAKA BARULAH
MULA MENYUSUN
MENDIRIKAN PARTI

PARTI  YANG TERSUSUN 
BOLEH MEMIMPIN

HANYA ADANYA PARTI
ATAU ORGANISASI
BARU DEMO BOLEH
CAPAI MATLAMAT
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI BASAH
MALAM TADI HUJAN TURUN
ANGIN KUAT
MAKA
KL & KL SENTRAL
DI LIHAT BERSIH CERAH

LANGIT MASIH MENDUNG
MASIH ADA AIR  DI AWAN
YANG AKAN TURUN

BALAM DAN TERKUKUR
MENCARI MAKAN
DI ATAS JALAN RAYA
MEMANGUT ULAT DAN CACING
YANG TERDAMPAR DI JALAN

SIMPONI CENGKERIK
CUKUP KUAT
MEREKA BERPESTA

SATU KUMPULAN PIPIT
DALAM 50 EKOR
TERBANG MENEBAR
PADANG RUMPUT

GUA RASA
RA AKAN SAMPAI
PANAS AKAN DATANG
AMIN

BRO
SENYUM
DI PAGI YANG PERMAI

BRO
PEKARA YANG INDAH
DALAM PERSAHABATAN IALAH
MEMAHAMI DAN DI  FAHAMI
TANPA INGIN MEMAKSA
ATAU MENANGKAN DIRI

BRO
HIDUP INI BUKAN
HANYA  UNTUK KEBAHAGIAN
KITA SAHAJA
WAJIB BERKONGSI KEBAHAGIAN
BERSAMA ORANG LAIN

BRO
KAWAN YANG BAIK
TIDAK AKAN BUAT JAHAT
DENGAN KITA
DIA AKAN BERI NASEHAT
DIA AKAN LINDUNGI KITA
DIA AKAN MENGASEHI KITA

BRO
KITA INI BUKAN
SAPA SAPA
TAPI KITA WAJIB
MENJADI SEGALANYA

BRO
TERLALU BANYAK
BARANG DI KELUAR
HASILNYA
TERLALU BANYAK ORANG
YANG TIDAK BERGUNA

BRO
LUKA LU PADA MASA INI
SATU MASA NANTI
AKAN JADI UBAT PADA LU

BRO
JIKA LU BELUM
ADA MASA UNTUK BERBUAT BAIK
LU JANGAN BUAT JAHAT
PADA YANG LAIN

BRO
JANGAN LUPA
ORANG BAIK BELUM
TENTU IKHLAS
ORANG IKHLAS SUDAH
TENTU BAIK

BRO
LU TAK PERLU
MENJADI KAYA
UNTUK MEMBERI
SEORANG PEMINTA PUN
BOLEH MEMBERI

BRO
LU TAK SEMESTI
JADI PENUH SEMPURNA
UNTUK MENJADI LUAR BIASA

BRO
JANGAN HILANG HARAPAN
ITU ADALAH KUNCI
UNTUK MENCAPAI
SEMUA IMPIAN LU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
MAIL BERA UMUM
BUBAR PARLIMEN

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa umum bubar parlimen mael akan pakai baju burberry kotak2 mcm papan dam. Sapa makan sape dan sape naik aji jadi teka teki. Selamat berpilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

HANYA ADANYA PARTI
ATAU ORGANISASI
BARU DEMO BOLEH
CAPAI MATLAMAT
AMIN

dan dalam politik moden parti politik mesti bergabung untuk mewujudkan khemah besar untuk menjatuhkan rejim.
kenal pasti musuh utama yang halakan tentangan ke arah musuh utama sehingga rejim jatuh dan dihalau keluar atau di heret ke penjara atau ditembak mati.
sila rujuk sejarah romania. ameennn

Tanpa Nama berkata...

Amin, terima kasih tt