Risiko Pas khianat sangat tinggi – Shaiful Hazizy
KUALA LUMPUR – Rakyat dan ahli politik seharusnya sedar bahawa Pas merupakan rakan kongsi yang sangat berisiko tinggi melakukan pengkhianatan sama ada sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, empat hari lalu, Presiden Pas, Hadi Al-Kawahli menekankan tentang keperluan partinya dan UMNO bertaut semula melalui Muafakat Nasional (MN).
Menurut beliau, pada masa yang sama, Pas menyatakan pendirian berbeza dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Al-Sembab Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama PN.
“Namun, amat mengejutkan secara tiba-tiba Muhyiddin menzahirkan ucapan terima kasih sambil mendedahkan bahawa PN akan terus diperkukuhkan selepas menerima kunjungan daripada Presiden Pas,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Shaiful Hazizy mengulas tentang pertemuan antara Muhyiddin dan Abdul Hadi pada Selasa lalu yang dipercayai bertujuan membincangkan beberapa isu berkaitan Pas dan PN.
Beliau turut menyifatkan pertemuan tersebut membuktikan bahawa Pas semakin terdesak dan hilang punca dalam strategi mereka menghadapi PRU-15.
“Apa yang lebih memalukan, sebelum pertemuan tersebut berlaku, Pas sering ‘meratib’ menuntut agar MN dihidupkan semula dan pada masa yang sama, menidakkan sekeras-kerasnya bahawa BN adalah musuh utama pada PRU yang akan datang.
“Tindakan Pas ini cukup memperlihatkan mereka jelas hilang punca dan Abdul Hadi sudah hilang ‘kompas politik’,” jelasnya
Sehubungan itu, Shaiful Hazizy menasihatkan Pas agar jangan terlalu desperado untuk menjadi kingmaker dengan terus memperkudakan semangat penyatuan ummah.
“Habiskan sisa-sisa tempoh yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Nasihat saya, janganlah beria-ia menutup bangkai gajah, kerana baunya tetap ada dan tidak akan hilang sama sekali,” katanya. –
1 ulasan:
Bila ku li cakap semua patut tahu perkara sebenar, pas satu parti opportunity saja, guna agama membodoh umat manusia islang, selama 20 tahun perintah kelantan terengganu apa jadi,apa kebajikan pas bawak, sampai seluruh anak muda kelantan cari makan luar negeri, ada sampai singapura kena carik makan kah kah kah pelacur buka cibai untuk kongkek depan belakang Kulum semua boleh, asal ada bayaran, orang macam ini nak jadi isteri? Nak teman susah senang, pelacur nak pancut cepat, boleh cari customer lain pulak kah kah kah kalau tak sedar lagi menangis ah bodoh ya kah kah
Catat Ulasan