Sabtu, 22 Oktober 2022

MELAWAN MUDARAT YANG LEBIH BESAR


Anwar kata tiada masalah jumpa Dr Mahathir

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan berbincang dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, mengenai kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun Anwar berkata perkara yang ditekankan PH ialah berkenaan kepentingan untuk melawan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

“Tiada masalah. Boleh jumpa. Boleh bincang, tetapi selalu saya tekankan mengapa nak lawan PN atau BN. Atas dasar (lawan) iaitu tolak rasuah, perkauman dan fahaman melampau. Kalau itu yang diminta, saya tiada masalah,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan di Little India Klang di Jalan Tengku Kelana di Klang, hari ini.

Media hari ini melaporkan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), bersedia untuk bertemu Anwar bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.


Sementara itu, mengulas persediaan beliau sebagai calon ahli Parlimen Tambun dan sasaran PH di Perak, Anwar berkata negeri itu menjadi antara kawasan akan ditawan PH dalam PRU15.

Mengulas kenyataan bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam yang meletakkan beliau sebagai antara pemimpin yang mampu meneraju negara, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih kerana kenyataan Musa itu membantunya dalam berkempen.

“Kenyataan Tun Musa itu membantu. (Musa berkata) layak dan ada pendedahan peringkat antarabangsa. Saya ucapkan terima kasih kepada Tun Musa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob; bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Anwar, disifatkan sebagai pemimpin yang mampu menerajui negara ini.

Musa ketika menggariskan nama terbabit berkata, tiga pemimpin itu dilihat memiliki kualiti, daya tahan serta karisma, dalam memimpin negara mengharungi cabaran kini. – Bernama, 21 Oktober, 2022.              

ANWAR DILIHAT

BERJIWA BESAR

TUNJUK SIKAP

PEMIMPIN

AMIN

TAPI AWAS 

KAKI SAILANG

AKAN SAMPAI

YANG TAK MAHU

KEMAH BESAR

DIJAYAKAN

AMIN

4 ulasan:

Nazrio berkata...

anak tun GTA jumpa tansrimuyidin kawan hadi awang

Tanpa Nama berkata...

Kaki sailang jahanam yang tak mahu khemah besar,
Yang suka khemah kecik sebab nak tengok pakatan rakyat bergaduh sesama sendiri, bila bergaduh masing2 akan guna logo sendiri menyebabkan ada 4-5penjuru.
Akhirnya parti penyamun yang menang.
Parti tok lebai yang geng parti penyamun kalau kalah pru kali ini akan diam menikus. Nak join pakatan rakyat sudah terlambat sekor2 tak berguna harapkan ada vellfire mercedes saja.
Kepada penyokong khemah kecik sila melingkup.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun kaki sailang. Kalau join madey saya boikot undi. Rasa lah korang seksa 5 tahun lagi dengan BN.

Tanpa Nama berkata...

Jangan Anwar, jangan. Kita kalu mahu masuk lubang pun biarlah sekali je. Jgn masuk lubang yg sama 2 kali ada ular tua tunggu nak patuk. Naya dibuatnya