Jumaat, 14 Oktober 2022

FULUS BANYAK

 


Anak bekas TPM hasrat lawan Zahid pada PRU15

TAWFIK Ismail, anak sulung kepada timbalan perdana menteri (TPM) kedua, Dr Ismail Abdul Rahman berkata beliau akan melawan Ahmad Zahid Hamidi walau di kerusi mana pun presiden Umno itu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas ahli Parlimen Umno itu berkata beliau antara barisan calon Gerak Independent (GI) dan akan melawan Zahid walaupun jika bertanding di kubu kuatnya di Bagan Datuk.

“Sudah tiba masanya orang Melayu bangun dan memperjuangkan nilai murni,” katanya dipetik daripada The Star.

Zahid, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) menang di Bagan Datuk sejak 1995.

Tawfik menggesa rakyat Malaysia yang turut membenci rasuah, supaya melihat perjuangannya sebagai perjuangan mereka juga.

“Saya bukan mahu memecahkan undi Pakatan Harapan tetapi sebaliknya membawa perjuangan saya kepada orang Melayu,” katanya.

Tawfik adalah bekas ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986 hingga 1990, dijangka bertanding atas tiket GI, satu insiatif kerjasama yang mempromosikan calon bebas untuk PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 20 Oktober bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan mengundi selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin. – 13 Oktober, 2022.

INI MENARIK

TAPI GI NI APA?

SOJAR AMERIKA KE

KAH KAH KAH

WARGA

 BAGAN DATUK

AKAN 

KENDURI BESAR

KAH KAH KAH

FULUS KIRI

FULUS KANAN

PROJEK SANA

PROJEK SINI

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Tadi den bukak Aljazeera, corito nyo sano sini gawat, meleset, kelaparan ..bukak Wion corito samo jo ..satu dunio dalam kogawatan ..alhamdulilah bilo bukak tvtigo, Malaysia ok ..sono sini corito dapek duit ..budak yg masok U kompom dapek ptptn, daftar jo dah tadah duit ..gaji naik ..nelayan dapek 200 ..montori biaso pakai jam 800,000 hinggit ..anak montori tongah momuki dapek projek ..tak satu pun yg gawat ..ngangur hanya 2% ..Malaysia satu2 nyo nogaro yg tak gawat ..tuckbEEr

Tanpa Nama berkata...

Bagi Zahid menang tak bertanding lah. Musti org bagan datuk bengang tak de masyuuuk. Jgn bagi pengundi BD hepi sangat biar dorang bengang ngan Zahid.