Selasa, 18 Oktober 2022

GANJA DAN KETUM BAIK UNTUK KESEHATAN


Boleh daftar ganja sebagai ubat jika ada bukti kukuh, kata KJ

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan membuka pendaftaran bagi ubat berasaskan kanabis jika terdapat bukti kukuh bahan itu boleh digunakan dengan selamat dan berkesan dalam merawat pesakit, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Pusat Penyelidikan Klinikal (ICR) di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan sedang mengadakan semakan dan perbincangan bersama pakar-pakar terutamanya dalam bidang ekologi dan rawatan paliatif.

“Ia turut melibatkan pakar dalam perkhidmatan yang memberi rawatan untuk keadaan tertentu seperti epilepsi dan mereka sedang semak data dari negara luar dari segi keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis dalam kondisi (penyakit) tertentu.

“Sekiranya semakan pakar mendapati bahawa ada bukti kukuh kanabis boleh digunakan selamat dan berkesan, maka kita boleh buka untuk pendaftaran bagi indikasi (penggunaan untuk rawatan penyakit tertentu) itu,” katanya pada sidang media selepas majlis serahan Pusat Jantung Hospital Serdang, hari ini.

Khairy berkata adalah penting untuk memastikan pakar tempatan berpuas hati bahawa kanabis memang boleh digunakan untuk kondisi tertentu.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan akan memutuskan pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini. Bernama, 17 Oktober, 2022.


GANJA & KETUM

TANAMAN ASLI

AMIN

DAH BERIBU

TAHUN DIGUNAKAN

UNTUK UBAT

UNTUK REKREASI

AMIN

BILA INGGERIS

SAMPAI GANJA

KETUM JADI HARAM

AMIN

YANG HALAL

BEER WHISKI DARI 

KILANG INGGERIS

AMIN

INI PROJEK

KOLONIAL

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

politikgilababi berkata...

Pak Penakan aku umuq 85 thn. Isap ganja dari umuq 15 sampai laa ni... apa lanchow sakit pun tak dak, hospital pun tak pernah masuk...

Tanpa Nama berkata...

Lu kondem beer ka? Lu racist kah³