Belum ada keputusan guna logo Pakatan atau tidak, kata Muda
BELUM ada keputusan muktamad sama ada Muda akan menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata ketua penerangannya Luqman Long.
Beliau memberitahu The Malaysian Insight, perbincangan termasuk isu penggunaan lambang masih diteruskan selepas PH setuju untuk bekerjasama dalam PRU15 sebagai pakatan pilihan raya.
“Muda dan PH sedang memuktamadkan beberapa butiran penting untuk perjanjian pakatan pilihan raya ini.
“Ada beberapa klausa, terma dan syarat dalam perjanjian pakatan ini, dan salah satu daripadanya ialah berkenaan kain rentang atau logo yang akan kami gunakan pada PRU15.
“Saya serahkan kepada biro politik parti untuk buat keputusan. Kami berharap perkara ini akan dimukatamadkan dalam masa terdekat,” katanya.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim pada Rabu dilaporkan berkata gabungan itu buat masa ini akan bekerjasama dengan Muda pada PRU15 sebagai pakatan pilihan raya.
Tambahnya, Majlis Presiden PH dan Muda akan berbincang untuk memperhalusi butiran kerjasama seperti peruntukan kerusi dan logo.
Namun, Sinar Harian kelmarin melaporkan parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu akan menggunakan logo PH untuk bertanding dalam PRU15.
Mengulas perkara ini, Luqman menegaskan isu logo masih belum dimuktamadkan.
“Saya faham semua pihak dalam PH dan Muda mahu perkara ini dimuktamadkan secepat mungkin untuk segera memberi tumpuan kepada PRU15,” ujarnya.
Bulan lepas, Syed Saddiq dalam satu kenyataan berkata parti pimpinannya itu berhasrat untuk menyertai PH sebagai parti komponen bagi menghadapi PRU15.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Petaling Jaya pada Rabu, Anwar berkata hasrat Muda untuk menyertai PH tidak dapat direalisasikan buat masa ini kerana memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
“Setakat ini pakatan pilihan raya sebab kalau ahli rasmi (gabungan) kena dapat kelulusan RoS. Jadi saya tak fikir RoS akan luluskan apa-apa sekarang,” katanya. – 15 O
2 ulasan:
Bro, lu tahu tak kenape umno tetap berjaya dlm apa jua keadaan sekalipun. Umno bila buat kerja jahat mrk sepakat mrk berjemaah. Pembangkang bila nak buat baik mrk berpecah sbb itu hero kat 1mesia kalah sokmo.
Entah orang cerdik belaka tapi tak tahu strategi politik, kalau logo bendera pun tak boleh guna akal, susah lol, elok guna logo bendera manusia dah kenal, muda masih muda, tak matang lagi dalam politik, tolong nasihat bagi panduan lah kah kah kah kalau tidak logo sendiri pakai bungkus nasi lemak, bungkus nasi kandar, bungkus apam balik kah kah kah senang budak sekolah pun tahu dah amin
Catat Ulasan