Rais dakwa UMNO sudah tetap tarikh PRU-15 musim banjir
KUALA LUMPUR – Timbul spekulasi di Twitter bahawa UMNO sudah menetapkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
Dalam satu ciapan, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Rais Husin Mohamed Ariff mendakwa PRU-15 akan diadakan pada 12 November depan.
“UMNO bermesyuarat malam ini pada PRU-15. Didakwa ini adalah tarikh:
12 Oktober – Umumkan PRU-15
29 Oktober – Pencalonan
12 November – Hari Mengundi
“Jika ini benar, maka UMNO/BN sangat tidak bertanggungjawab kerana banjir akan menjadi besar dalam tempoh itu. Rakyat menderita. Tendang mereka keluar untuk selamanya!” tulisnya di Twitter.
Rais demikian di sebalik mesyuarat Top Five (lima pemimpin utama UMNO) yang diadakan petang ini dan disusuli mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu pada sebelah malam.
Media hari ini melaporkan mesyuarat UMNO itu akan membincangkan hala tuju PRU-15.
Mesyuarat itu dihadiri Presiden UMNO, Zahid Hamidi, timbalannya, Mohamad Hassan dan tiga naib presiden parti termasuk Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri. –
2 ulasan:
TT jika bubar parlimen dalam bulan Oktober bermakna Mail menjawat jawatan Perdana Menteri paling singkat, hebat Mail ...sebab mencipta sejarah PM paling singkat siapa pun tak boleh mengalahkan dia, tapi...dapat jugak dia jadi PM, Nuar dengan Kuli dapat berangan je lah
Hebat belaka sampai tarikh pun mereka tetap kan, begitu kuat sekali parti ini, Amin tak payah tunggu Agung setuju, tak payah tunggu SPR umum, semua kerja mereka dah buat, hebat cukup hebat, pengundi pun tak payah undi, mereka boleh undi sendiri, menang sendiri, tubuh kerajaan sendiri, nanti ada Cawangan di penjara Kajang tak ? Saja Tanya kot kot ada Ketua bahagian dari penjara Kajang nak jadi president parti united penyamun sekutu kah kah kah
Catat Ulasan